Cerita Publish Header Baru

Suatu perkara yang biasa di kala ini, kalau tak update blog. Bukan ada orang nak baca pun kan. Semua sibuk layan aplikasi dalam handphone, dengan facebooknya, twitter, wechat, instagram, whatsapp, group whatsapp lepas tu game lagi. Blog ni macam tak dipandang sangat pun kan. Lain lah kalau blog gosip artis ke, dunia hiburan ke, politik ke kan, ramailah orang nak baca. Sampaikan nak tulis artikel pun rasa malas. Sekarang ni niat nak tukar header blog dah tercapai. Syukur! Dari dulu lagi nak tukar. Nak design tak ada masa, lepas tu idea & mood ke laut.

Apa macam cantik tak?
ni header lama korang jangan nak mengada-gada buat-buat tak kenal blog aku, mentang-mentang aku dah tukar header baru

Header ni aku pakai saiz 1040px X 300px. Ok la kan saiz tu. Tu pun google saiz dulu, kalau tak tahulah, fail lama dulu entah ke mana. Maklumlah dah berkurun sangat dah. Dari segi ilustrasi tu, aku banyak ambik dari vector je, mana lah dan nak design semua complicated macam ni. Sekali pandang, mesti korang dah boleh agak kan. Life aku ni macam terkurung dalam rumah je. Memang!! Meja kerja pun still dalam kawasan tertutup jugak kan. Hanya mampu merenung dunia luar dari jendela & skrin komputer sahaja.

Apa boleh buat zaman sekarang, duduk dekat luar tu bahaya. Manusia semakin jahat. Yang baik ni semakin pupus. Lagi pulak semua benda dah naik harga. Dari boleh berjimat guna pengangkutan awam, alih-alih lebih kurang sama je dengan guna pengangkutan sendiri. Takkan nak jalan kaki je memanjang? Sekali-sekala tak apa la jugak kan. Lastly, yang tak naik-naik tak ada lain GAJI. Hurm mereput..

Owh, ya! Sekarang ni aku dah aktifkan button share ke laman sosial, jadi kalau korang nak share mana-mana artikel yang korang rasa best senanglah.

p/s : Eh, kelmarin masa aku edit background blog, baru aku perasaan url blog dah tukar dari .com ke .my
Ala, tak jadi problem ke ni nanti?
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

0 respon pembaca:

Catat Ulasan

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!