Wordless Wednesday #3 Kronologi Buah Naga

putik buah naga muncul
putik buah naga makin mengembang
dari putik membesar jadi kudup bunga
kudup bunga yang makin membesar
kudup bunga dan pangkal kudup bunga
kudup bunga yang dah bersedia untuk mengembang
kudup bunga yang sudah mengembang dan mengeluarkan bau wangi untuk menarik perhatian serangga pendebungaan seperti lebah. Malangnya hari hujan. Di kawasan yang tiada serangga pendebungaan, penanam buah naga sendiri patut melakukan proses pendebungaan. Jika tidak buah naga tidak akan terbentuk. Bunga yang seperti bunga bakawali ini hanya kembang sekali pada 1 malam sahaja. 


bunga yang mengucup pada keesokkan harinya.
bunga yang telah layu. bunga ini gagal dalam proses pendebungaan. gambar bunga yang berjaya proses pendebungaan tiada, gambar buah naga sedang masak di pokok pun tiada, sebab kamera aku rosak.
buah naga boleh dipetik setelah 30 atau 32 hari dari hari bunga kembang (pendebungaan). 
buah naga yang masak ranum, isinya berwarna pink purple. rasanya sungguh manis, ye la  fresh dari ladang kan. Terbaik!
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

9 respon pembaca:

  1. aku kagum kamu gigih merakam gambar dari mula sampai jadi buah yang cantik, dan sedap di makan

    BalasPadam
  2. @ padin : excited punya psl tu. ari2 keluar tgk prkmbngan buah naga.

    BalasPadam
  3. buah naga yg ditanam sendiri lagi manis banding dgn buah naga yg dibeli di kedai..

    BalasPadam
  4. sedap buah naga ni. khasiatnya pun byk.

    BalasPadam
  5. @ ladybird : yup, fresh dari ladang..kt kedai dah lama petik

    @ Azekzk : betul tu..

    BalasPadam
  6. @ armouris : thnks atas perkongsian

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!