Pertama kali mendengar mengenai gel pengelupasan. Perkara yang pasti terdetik, gel untuk mengelupaskan kulit. Alamak, kalau pakai nanti habis le kulit mengelupas. Korang pun sama bukan? Tapi ia bukan seperti apa yang kita fikirkan.
Gel pengelupasan berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, membuang bintik-bintik hitam, minyak yang berlebihan, sisa-sisa kotoran dan hasilnya kulit yang bersih dan lembut, sedikit cerah. Ya lah, sel kulit mati yang hitam, lebam(daki) dah dibuang yang tinggal sel kulit baru. Jadi gel pengelupasan hanya mengelupaskan kulit mati dengan sempurna, tanpa meninggalkan kesan kulit mengelupas.
Bagi kawan-kawan yang suka mengikis muka atau mempunyai tabiat ini. Mulai hari ini sila hindari tabiat ini dan gantikan dengan penggunaan gel pengelupasan. Biar gel pengelupasan yang ambil alih tabiat anda itu. Lagipun kalau tangan kotor, kuman dekat tangan akan merebak ke kulit muka. Seterusnya menambahkan lagi kerumitan masalah muka anda. Mesti tak nak ia berlaku kan?
Ada 3 produk pengelupasan terbaik yang pernah saya cuba. Kesemuanya amat memuaskan, mujarab dan sesuai dengan kulit saya. Cuma keadaan kewangan menjadi faktornya.
1) Jel Pengelupas Alaisyah
Membersih, mengelupas dan melicinkan permukaan kulit dari dalam. Dirumus secara semula jadi dengan mikrosfera pengelupas untuk membersihkan permukaan kulit. Jel yang menakjubkan ini berfungsi memecahkan bintik-bintik hitam dan sel kulit yang mati dalam masa seminit selepas urutan dan menyebabkan sisa kotoran ini timbul dalam bentuk biji-biji halus yang mudah dibuang. Juga mengandungi ekstrak Biji Anggur (anti-oksidan semula jadi yang berkesan) untuk menghalang kesan penuaan pada kulit.
Arahan: Sapukan pada muka yang kering. Urut selama 1-2 minit. Elakkan daripada mata. Jel akan cair untuk mengeluarkan bintik hitam dan sel kulit mati dalam bentuk gumpalan kecil bagi memudahkan pembersihan. Lap dan bilas sehingga bersih.
(saiz: 30ml)
Untuk pengetahuan semua, A’laisyah Gel Pengelupas pernah memenangi kategori "Gel Pengelupasan Terbaik" untuk majalah Cosmopolitan.
2) Gel Pengelupasan Syahirah
Arahan. Urutkan gel secara putaran pada kulit muka dengan jari yang kering. Kemudian bilas dengan air.
Memang betul kulit jadi cerah. Bukan omongan kosong tau, seperti janjinya ’menanggalkan kulit mati dan mencerahkan kulit dalam 1 minit’. Ternyata memang benar! Cuma kita tidak berapa perasan pada pertama kali penggunaannya.
3) GINVERA Green Tea Whitening Marvel Gel
1. Menggosok jauh ke dalam lapisan sel-sel kulit mati
2. Menggosok jauh bintik-bintik hitam dengan tidak menyakitkan
3. Mengecutkan liang pori supaya kulit lebih halus (sel-sel kulit mati akan dibersihkan dari liang pori)
4. Mencerahkan tompok-tompok hitam, bintik-bintik & parut-parut
5. Membuang biji-biji minyak
6. Memulihkan keseimbangan rembesan sebum untuk menghalang jerawat
7. Menyerikan kulit yang kusam
8. Mengubah kulit kasar, gelap kepada kulit yang licin
9. Memberi ruang pertumbuhan kulit baru di samping meratakan warna kulit.
10. Merangsang penyerapan khasiat penjagaan kulit wajah dengan lebih cepat.
Arahan : Picit sedikit gel dan sapu pada dahi, pipi, dagu, hidung dan leher. Urut selama kira-kira 1 minit. Kemudian, bilas dengan air/pencuci muka.
Antara ketiga-tiganya, yang paling bagus adalah GINVERA Green Tea Whitening Marvel Gel. Tetapi sebenarnya, ketiga-tiga produk ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi anda pilih saja mana-mana jenama yang anda suka. Semuanya tip-top. Dinasihatkan sebelum beli, sila lihat tahap kesihatan kewangan anda dulu. Sebab harganya semakin mahal mengikut turutan jenama yang saya sebutkan di atas.
Semua jenis gel pengelupasan di atas sesuai untuk kegunaan harian. Cara penggunaannya juga hampir sama. Muka dan jari harus kering. Kalau basah, susah le gel ni nak bekerja. Fungsinya seakan sama dengan skrub muka. Cuma skrub muka hanya boleh digunakan satu atau dua kali seminggu sahaja.
Paling best gel pengelupasan langsung tidak mengeringkan kulit. Malah melembapkan kulit secara semulajadi. Untuk kulit yang kering dan normal hanya perlu pakai gel pengelupasan sahaja. Tapi kalau kulit berminyak kena lah pakai skrub muka. Skrub ni mengeringkan kulit sikit sebab tu siapa yang kulit kering tak boleh pakai dan ia hanya sesuai untuk kulit berminyak. Kulit kombinasi kurang sesuai untuk menggunakan skrub, sebab ada ciri-ciri kulit kering.
p/s : Jangan terpengaruh dengan promoter di pasaraya. Kebanyakkannya tidak mempunyai ilmu tentang kulit wajah melainkan ilmu tentang produk yang dipromosikan sahaja. Bayangkan ada promoter di pasaraya yang berlainan memberi saranan berbeza padahal produk sama sahaja.
Updated 29/9/2011
gel pengelupasan hanya boleh dipakai sekali sehari sahaja. Boleh pakai di waktu pagi/sahaja sahaja atau malam sahaja. Tapi saya lebih memilih untuk pakai di waktu malam dari memakainya di waktu pagi/siang.
Antara 3 produk di atas, jenama syahirah paling murah dan berpatutan dari segi harga & jumlah isi (ml/gram) serta mampu milik.
Updated 29/9/2011
gel pengelupasan hanya boleh dipakai sekali sehari sahaja. Boleh pakai di waktu pagi/sahaja sahaja atau malam sahaja. Tapi saya lebih memilih untuk pakai di waktu malam dari memakainya di waktu pagi/siang.
Antara 3 produk di atas, jenama syahirah paling murah dan berpatutan dari segi harga & jumlah isi (ml/gram) serta mampu milik.
ooo... tq 4 da info ya... xpenah ade pun gel ni.. nak try la :) heeeeeeee
BalasPadamto fathiah : sama2...try le, skali cuba psti nk lagi..
BalasPadampandai meniaga ye...
BalasPadamni terpengaruh ni...haha
hehhee..brg ni kta tak niaga..yg niaga banner2 kcik kt blog ni..
BalasPadamsy pun suke pakai gel pengelupasan syahirah tu.. rase jernih je kulit muka lepas pakai.. hehe
BalasPadamto efa fairuz : ha'ah kn..setuju sgt..:-)
BalasPadamSalam ramadhan fanun. Disbbkn dh nk raya ni, akk sdg dlm mmbuang sel kulit mati dimuka ni. Wah, dh mcm ikan kap pulak. Hehehe.... Tkpe, nk berseri punya pasal
BalasPadam@ Cinta Misteri : Salam Ramadhan jugak, ikan kap, pki le yg no 3, nti dia menyama ratakan warna kulit, xde mcm ikan kap, kulit mati & bintik hitam pun xde..
BalasPadamsy nk mncuba tp ade prasaan tkt...
BalasPadam@ sweettt : cuba je la..why? tkut allergic?
BalasPadam