EARTH HOUR Cara Medan barat Menguji Dunia

Mula-mula masa iklan earth hour disiarkan di tv, penulis rasa hairan, macam mana dengan padamkan lampu selama sejam boleh menyelamatkan bumi..boleh kurangkan kesan pemanasan global..apa kaitannnya?? Dalam keliru-keliru tu, join gak, kali pertama je mase kali kedua, tak join & tak nak ingat pun. Kali ketiga, bertekad tidak mahu menyokong apa lagi menyertainya.

Kalau betul la cara ni boleh selamatkan bumi dari pemanasan global, kenapa tak buat tiap-tiap minggu?? Tiap-tiap bulan ke, selang sehari ke? Kenapa sekali setahun je?? Kenapa pilih 8.30 malam, nape tak buat pukul 10.00 ke 9.00 malam ke? Lepas tu pulak, nape mesti sejam, nape tak setengah jam? Nape tak 45 minit ke, 50 minit ke? Kenapa mesti 60 minit? Dan kenapa mesti buat pada hari sabtu terakhir dalam bulan Mac? (Tu dia, ambik hang, banyaknya soalan!!) Hari sabtu tak jadi hal, sebab hari cuti. Kalau buat hari kerja, ramai yang sibuk dengan dateline masing-masing. Dah tentu program ni tak akan dapat disambut dan tak berjaya.

Ada yang melontarkan persoalan kenapa mesti 27 mac, kenapa tidak tarikh lain. Seperti yang dinyatakan perenggan di atas ini iaitu hari sabtu terakhir dalam bulan Mac. Sebenarnya earth hour tidak dibuat hanya pada 27 mac. Anda boleh semak kalendar bulan Mac hari sabtu terakhir dari tahun pertama earth hour hingga 6 tahun berikutnya. Maka anda akan dapati tarikh tersebut akan berubah mengikut tahun.

Ada yang kata puak-puak ni, suka bermain dengan nombor. Ya, memang diakui mereka suka bermain dengan sesuatu seperti nombor, bentuk, simbol dan sebagainya. Asal sahaja ia bermanfaat dan bermakna menurut pandangan mereka. Tahun pertama earth hour tidak diadakan pada 8.30 malam, cuma berubah pada tahun berikutnya sehingga kini.

Apa yang kita boleh nampak kesannya adalah penjimatan tenaga elektrik. Tapi kenapa mesti sejam, sehari dalam setahun pulak tu? Kenapa tidak tiap-tiap bulan, tiap-tiap minggu atau tiap-tiap hari? Telah menjadi amalan masyarakat Malaysia menjimatkan tenaga elektrik sejak 2 tahun kebelakangan ini. Bil RM20 dan ke bawah tak perlu bayar. Penulis pernah merasa 2 kali. Anda berapa kali? Kira-kira 92kw sahaja perlu kita gunakan dalam masa sebulan. Kalau lebih kena charge la.

Negara kita juga mengalami masalah bekalan sumber menjana tenaga elektrik seperti arang batu. Sampaikan nak guna kuasa nuklear untuk tampung bekalan tenaga elektrik. Tapi kepakaran dan ilmu berkenaan kuasa nuklear masih kurang. Lihat sahaja negara Jepun sedang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah loji nuklear yang saban hari makin teruk. Jadi jimatkan elektrik, tutup semua lampu dan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan. Eh, topik ini bukan isu negara kita, tapi ini isu global la !

Nyalakan lilin masa sambut earth hour, kata nak selamatkan bumi tapi dalam masa yang sama mencemarkan alam. Gas karbon dioksida yang dilepaskan itu jumlahnya lagi banyak dari lampu yang kita pakai. Kalau gas yang bebas tu oksigen tak pe la jugak. Bukan satu negara je yang join, 125 buah negara, dalam sebuah negara ada berapa juta manusia? Memang tak ada suruh pasang lilin, tapi kenapa tak larang pasang lilin? Gambar & video sambutan earth hour beberapa tahun tunjuk penggunaan lilin mengantikan lampu elektrik. Automatiknya memang suruh pasang lilin kan, lepas tu ada dalam gambar promo. Macam kembali pada zaman dulu kala, tak ada peralatan elektrik. Tak ada siapa pun guna torchlight.

Boleh ke cara ini selamatkan bumi dari pemanasan global? YA! Memang boleh tapi peratusnya sedikit je. Apa logiknya tutup lampu selama sejam, sehari dalam setahun, dapat kurangkan pemanasan global? Karut! Stupid Order! Kenapa tak kurangkan je gas rumah hijau seperti metana? Metana ni memerangkap haba Matahari, maka bumi jadi semakin panas. Kurangkan gas karbon dioksida. Syarikat besar-besar tu sedap-sedap je lepaskan sisa toksik, asap, gas beracun. Kenapa tak kurangkan dan ambik tindakan? Chopp! Ada yang kata global warming ni mitos. Yang betul paras laut semakin meningkat kerana ais kutub semakin mencair.

Pencemaran cahaya?? Pernah dengar pasal pencemaran cahaya alah light pollution. Kesannya tak la seteruk pencemaran yang ada sekarang ni. Pencemaran Cahaya Adalah Pembaziran Tenaga. Pencemaran cahaya adalah kesan buruk daripada cahaya buatan manusia seperti langit berkilau, silau, gangguan cahaya, serakan cahaya, jarak penglihatan rendah waktu malam, dan pembaziran tenaga dan kos. Istilah fiziknya kesan interferens dan pembelauan cahaya. Eh, apa pulak nak elakkan pencemaran cahaya? Kata nak atasi global warming-pemanasan global. Mana satu ni, ahh, pening sudah!

Jenaka apakah yang sedang berlaku ini? Apa punya jenis permainan puak penyembah syaitan dan pengikut dajal cuba lakukan ini? Apakah kalian sedang cuba membuka pintu ”stargate” ketika interferens dan pembelauan cahaya pada tahap minima? Kemudian berhubung dengan raja kejahatan anda, melaporkan situasi dunia atau menerima arahan baru ? Kenapa penulis kaitkan mereka dengan perkara ini? Penulis nampak lampu/lilin dalam bentuk bintang berbucu enam dalam video sambutan earth hour. Kemudian idea earth hour ini datangnya dari mereka. Yang anjurkan ni juga... Ah..tak muat nak cerita kat sini.

Penjimatan tenaga? Hmm, dulu membazir sekarang ni nak jimat? Nampaknya memang ada agenda yang tersembunyi dalam sambutan earth hour? Bukan setakat nak kurangkan pemanasan global tapi something wrong somewhere le. Eh, chopp! Perkataan sambutan macam perayaan le. Nak selamatkan bumi pun nak berpesta, berparti ke? Kalau macam perayaan penulis nampak macam Pesta Cahaya le. Pasal penjimatan tenaga apakah kalian sedang membuat eksperimen untuk persiapan SENJATA DAJAL, iaitu weather weapon atau eksploitasi cuaca sebagai senjata, atau memperkasa teknologi HAARP? Menjimatkan tenaga supaya boleh disimpan untuk masa yang dinantikan itu. ”Siapa yang mengawal cuaca, akan mengawal bumi”

Untuk misi NWO (New World Order) kalian seperti mahu melihat apakah kami menuruti arahan kalian atau tidak, dengan menyatakan alasan mahu menyelamatkan bumi. Kalian juga mahu memperbodohkan kami. Kalian seakan mahu menguji apakah kami patuh pada arahan kalian atau tidak dan langsung tidak sedar serta mengetahui mengapa melakukan arahan ini. Kalian sering tampil sebagai hero penyelamat dunia sedangkan kalian adalah penjenayah tegar, punca pencemaran alam dan kerosakan yang semakin berleluasa. Bukan sekali, malah beribu-ribu kali. Wajarkah? Kebetulan? Hah! Tiada kebetulan dalam masalah ini sebaliknya konspirasi dan suatu perancangan yang sangat rapi. Tidak akan ada istilah kebetulan kalau menganggap ini suatu hal yang biasa.

Firman Allah : "Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati; semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."(Surah Al-Isra': 36)

Kalian cuba mempergunakan kami, menjadikan kami boneka eksperimen kalian. Tanpa penyertaan seluruh pelusuk dunia, cita-cita kalian tidak akan tercapai. Chopp! Negara Arab join tak misi ni? "Kami bukan orang suruhan kalian atau hamba kalian apatah lagi boneka kalian, kami ini tidak lain adalah hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini."
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

4 respon pembaca:

  1. sejujurnya aku xfikirkan earth hour itu salah

    betol juga, tutp lampu sejam mungkin xberi kesan
    pastu pasang lilin lagi
    cara tu mungkin tak relevan

    tapi aku rasa earth hour ni mengingatkan manusia mengenai hal bumi
    sekali lagi, mungkin tak berkesan hanya sejam, pasang lilin, etc
    tp hanya sejam je, mungkin manusia xamik kisah dh pasal bumi lepas sejam tu
    tp mungkin juga ada yang terlekat di ingatan manusia pasal kerosakan di bumi

    tapi aku tak terfikir kaitannya dgn dajal
    mungkin ya dan tidak
    mungkin aku terlalu tolol mengikut sahaja
    tp aku lihat dari sudut yang lain
    dari sudut bumi yg rosak dan tiada siapa peduli

    kesimpulan, ya, aku bersependapat tidak relevan menyelamatkan bumi dengan sejam n pasang lilin etc, cara tu salah

    aku sokong earth hour atas dasar ia mengingatkan org pasal keadaan bumi, mungkin memberi kesedaran yg besar

    n pasal isu dajal tu, aku masih lagi ragu2
    xpe nanti aku kaji n cari kepastian

    BalasPadam
  2. Earth hour... I do it whenever I feel like it...
    Neways, u made me think 4 a while...

    BalasPadam
  3. For me yang penting cara kita guna elektrik secara berhemat

    BalasPadam
  4. to gabanMorka : terima kasih atas pndngn anda. sememangnya perkara ini sperti semut hitam di wktu mlm yg kelam di atas batu hitam. susah nak nmpk pe agenda sbnrnya. cuma nmpk tjuan nak selamatkan bumi je tp sbaliknya. psl dajal smua perkara & kejadian di dunia yg berlaku sekrang dan ratusan tahun ke belakang mmg de kena mgna.

    to dewi batrishya: begitu le hendaknya. always think before do it.

    to sharinginfoz : bukan elektrik shja, tp perkara yg lain juga.

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!