Jom Pergi Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011


Hampir setiap tahun Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) diadakan. Namun tahun ini agak berlainan sedikit. Apa yang lainnya??? Karnival tamat sebelum tarikh tutup permohonan ke IPTA. Kan ke tahun sebelumnya karnival masih berjalan walaupun tarikh permohonan dah tutup. Jadi semua orang boleh dapatkan info yang diperlukan, dan tak berkecil hati lagi kerana tidak dapat menyertainya sebelum tarikh tutup permohonan. 

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 “Jom Masuk U” berlangsung mulai 14 Januari hingga 3 April 2011 di seluruh negara. Tarikh tutup permohonan kemasukan ke IPTA sesi 2011/2012 pada 4 April 2011. Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA bagi program asasi dan diploma pada 1 Jun 2011. Manakala bagi program ijazah sarjana muda pada 3 dan 4 September 2011. Untuk lebih jelas sila lihat jadual di bawah ini :


Tujuan utama pelaksanaan KPTN adalah seperti berikut:
· Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA, ILK dan institusi lain mulai Sesi Akademik 2011/2012
· Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA dan ILK melalui Aplikasi Dalam Talian
· Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10%markah kokurikulum (sistem meritokrasi)
· Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai IPT dan ILK dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

Siapa yang patut mengunjungi KPTN?
- Pelajar yang sedang belajar di peringkat SPM / STPM / Diploma /Matrikulasi / STAM
-Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain yang sedang menunggu keputusan    peperiksaan akhir
-Lepasan Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia
-Guru Bimbingan dan Kaunseling, pendidik, ibu bapa, dan masyarakat setempat.
-Mereka yang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara aktiviti yang dianjurkan di KPTN adalah :

- Pameran Pendidikan sempena KPTN “JOM MASUK U”.
- Forum Peluang Pendidikan Tinggi bagi pelajar Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling serta kaunselor terpilih di setiap zon; atau Seminar Peluang Pendidikan Tinggi peringkat kebangsaan terbuka kepada guru, ibu bapa dan pelajar di zon 1 dan zon 11.
- Cabutan bertuah ‘JOM MASUK U’ kepada pengunjung
- Cabutan Perdana ‘JOM MASUK U’ dengan hadiah yang menarik
- Kuiz ‘JOM MASUK U’ untuk menguji minda pengunjung dengan hadiah yang menarik
- Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada pengunjung;
- Semakan syarat khas kelayakan program
- Pendaftaran Sahabat UPU
- Liputan radio secara langsung seperti sesi bual bicara

Sebanyak 200 buah reruai (booth) akan disediakan kepada Jabatan/Bahagian/Agensi/Institusi yang akan mengambil bahagian di setiap zon. Antaranya 20 IPTA, 100 IPTS terpilih, Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, MQA, PTPTN, Bahagian Pengurusan Kokurikulum dan Seni (BPKS), Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Bahagian Matrikulasi KPM (BM KPM), Bahagian Pendidikan Guru (BPG KPM), Majlis Guru Bimbingan, Kaunseling Negeri, Yayasan Negeri, Agensi pembiayaan pendidikan dan lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi seperti Jabatan Tenaga Manusia, MARA, Kementerian Belia dan Sukan.

Jadi apa tunggu lagi jom serbu Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 “Jom Masuk U”. Sila lihat jadual lokasi KPTN di bawah ini.
 Sesiapa yang berminat nak sambung pengajian sama ada peringkat diploma atau ijazah, sila pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membeli nombor Unik ID. Pembelian boleh dibuat secara pukal atau individu. Bagi individu boleh membeli melalui kaunter BSN atau mesin ATM/SMS Banking mulai 10 Januari 2011 dengan pembayaran sebanyak RM15.60 untuk lepasan STPM/STAM dan lepasan Diploma/Setaraf. Manakala lepasan SPM/Setaraf mulai 10 Januari 2011 hingga 4 April 2011 dengan sejumlah bayaran RM10.60.

Bagi kemasukan ke INSTITUSI LATIHAN TEKNIKAL & VOKASIONAL (TEVT) INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) boleh menggunakan medium yang sama dengan KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA). Sebelum memohon sebarang program jom kita semak sama ada kelayakan kita sesuai atau tidak dengan program yang kita hendak memohon melalui SISTEM SEMAK KELAYAKAN PROGRAM IPTA (i-MAS-C-U).

Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

2 respon pembaca:

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!