As-Salam Maulidur Rasul 1432H. 12 Rabiulawal tahun gajah merupakan keputeraan baginda Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam). Berapa ramai yang ingat tarikh ini dibandingkan dengan 14 Februari? Bila buka page yahoo je, banyak story pasal valentine day. Tapi terkejut bila keyword search Maulidur Rasul di kedudukan yang pertama. MasyaAllah! SubhanaAllah! Mumtaz!
Berapa ramai pula yang mengaku sayangkan Nabi Muhammad? Tapi bohong belaka! Kata-kata hanya sekadar di bibir sahaja, di hati tidak. Ungkapan yang sekadar menyedapkan bicara sahaja. Kalau yang benar-benar, cuma segelintir sahaja. Jika kita sayangkan nabi pasti kita sudah selongkar semua biografi beliau. Bukan setakat selongkar je, malah hayati, fahami, dan meneladani peribadi beliau serta mengikuti sunnahNya tanpa ragu-ragu!
Sememangnya Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam) adalah rahmat untuk sekalian alam. Nak bukti? Sila tonton video di bawah ini.
Bukan sahaja menunjukkan bukti Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam) adalah rahmat untuk sekalian alam. Tapi bumi ini milik Allah. Allah Tuhan Langit dan Tuhan Bumi yang menguasai seluruh isi alam dan Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu, meskipun hal itu nyata apatah lagi yang tersembunyi. (Oleh itu, tak perlu nak rampas tanah orang atau nak berebut-rebut atau nak gaduh semata-mata pasal tanah. Kita ni cuma pemegang amanah dari Allah)
Saya faham anda kurang jelas video tadi. Cuba lihat peta dunia yang lengkap secara terbalik. Kemudian lihat dari bahagian benua barat ke timur dunia. Anda akan nampak kalimah Allah. Dan dari bahagian benua timur ke barat dunia anda akan nampak kalimah Muhammad.
Sambung balik, jika anda benar umat Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam), maka sudah semestinya anda akan mengikuti sunnah Baginda. Malangnya ramai yang tidak melakukannya, malah memperlekehkannya. Anda perasan atau tidak, adat dan budaya kita sebagai orang islam telah tertukar dengan budaya dan adat orang Yahudi, Nasrani. Mereka mengambil adat dan budaya kita, kita pulak ambil adat dan budaya orang mereka. Wah, inilah satu pencapaian yang patut kita banggakan!! :-P
Saya tak mahu sebut, apa dia. Saya cuma mahu tanya anda perasan ke tidak? Baiklah, saya akan sebut sedikit sahaja. Dari segi tatacara pemakanan. Apa yang boleh dimakan dan tak boleh untuk dimakan (bukan pasal haram tapi pasal tak elok). Contohnya hati, kebanyakkan doktor mengesyorkan hati untuk menambah darah. Sedangkan Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam) melarang memakan organ dalaman. Dari pelajaran biologi, hati mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh tapi sebenarnya hati merupakan tempat semua toksin dikumpulkan dan dineutralkan. Namun hati binatang korban Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam) mengalakkan kita makan kerana ada barakah! Hati ikan paus pulak, adalah makanan pertama ahli syurga. Wah!
Selain itu, berapa ramai yang lebih yakin dengan ubat dan vaksin dari perubatan konvensional? Padahal Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam) pernah bagitahu Habbatussauda boleh menyembuh semua penyakit kecuali mati. Sekarang ni, saya nak tanya siapa nabi kamu? Muhammad SAW (Salallahualaiwasallam) atau doktor asuhan pakar-pakar dari barat tu? Kalau buku rujukan pulak nak rujuk kitab hadis atau buku perubatan sarjana barat? Ketahuilah Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam) tak pernah berdusta! Orang kafir,musyrikin pun tahu hakikat ini tapi sengaja tidak mahu beriman.
Sayang nabi? Adakah dengan meletakkan kalimah Muhammad di rumah besar-besar bersebelahan dengan kalimah Allah, sudah jelas menunjukkan kecintaan kita kepada baginda? Tidak! Selalu la selawat kepada baginda. Dan bila ada orang sebut Muhammad Salallahualaiwasallam. Kita mesti sebut Salallahualaiwasallam. Ok, untuk entry ni dan akan datang, InsyaAllah saya akan pastikan letak macam ni ”Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam)” bila cerita atau sebut tentang baginda. Supaya kita sama-sama tak lupa.
Andainya kita sayangkan Baginda dan rajin selawat ke atasNya, adakah Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam) akan mengakui kita sebagai umatnya? Apa jaminnya? Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam) tidak akan mengakui umatnya? Nauzubillahiminzalik. Saya nyatakan di sini beberapa golongan yang nabi tidak mengaku umat.
- Tidak ada tokmaninah dalam solat.
- Menyatakan sesuatu yang tidak pernah baginda nyatakan. Seperti mereka hadis palsu.
WaAllahua’alam. Akhir kata, kalau nak selamat dan tenang hidup di dunia dan bahagia di akhirat ikut sahaja jalan yang telah Rasulullah SAW (Salallahualaiwasallam) tinggalkan untuk kita.
Nelly umatnya dan berharap Rasulullah mengaku sebagai umatnya nanti ..
BalasPadam=)
insyaAllah..sama2 kita doakannya...
BalasPadamto nelly & aried : moga2 begitu le hendaknya. Amin..
BalasPadamsemoga kita mendapat syafaatnya nanti, amiinn
BalasPadamto padin : mudah-mudahan. Amin
BalasPadamto qamarul : sma2 ye..
BalasPadam