Berapakah nilai harga CINTA anda?


Salam semua, lama betul saya tak update post terbaru. Harap korang semua sihat. Sekarang ni dah masuk bulan Februari. Baru je beberapa minggu masuk bulan baru dah macam-macam peristiwa yg berlaku. Terbaru, gerhana matahari, gempa bumi, banjir, suhu dunia yg melampau dan tidak stabil, tapi itu cerita bulan Januari. *wink.. Apapun yg berlaku diharap ia dapat kita hadapi dengan redha dan menguatkan keyakinan kita kepada Tuhan Maha Pencipta.


Berbalik pada topik kita, berapakah nilai HARGA cinta anda? Persoalan itu anda perlu jawab sendiri. Anda juga yang tentukan. Bukan orang lain, mahal atau murah itu persoalannya. Jika tinggi nilai yang anda letakkan, maka tinggi jugalah cinta yang anda akan dapat. Teringat zaman sekolah dulu, ustaz pernah pesan jangan terlalu mudah memberi cinta, cinta yang mudah diberi, akan mudah hilang. Pesanan ustaz tu ada betulnya. Lihat la, kalau ditanya muda-mudi di luar sana, rata-rata mesti kata pernah la bercinta lepas tu putus, sambung dan putus lagi. Kalau yang belum lagi tu, syabas diucapkan. Mungkin cinta anda cinta yang unggul, cinta sejati.


Base on experience..experience la sangat. Sebut pasal experience, hmm, cinta perlukan pengalaman ke? Ada siapa-siapa setuju? Aku tak setuju langsung. Kalau setuju, kena banyak kali bercinta baru dapat cinta sejati kot. Berdasarkan sikap remaja zaman sekarang bercinta. Aduh! Banyak kali la buat dosa jawabnya..oppss.. Bukan nak kata aku ni alim. Karang, tak pasal-pasal ada yang marah tak tentu hala, tapi bila buat discussion dekat group, topik cinta, couple ada yg kata couple ni boleh mendatangkan zina. Ya memang diakui, mana taknya berkepet ber24 jam, kalau berjalan tu siap pegang tangan, bermesra-mesraan la, alahai malas nak cerita panjang. Sendiri faham la. Dah biasa kan lihatkan gelagat sana-sini orang tengah hangat bercinta. Ada yang kata nanti boleh berlaku bermacam jenis zina seperti zina mata, tapi aku baru dengar pasal zina hati. Ye kot, kalau asyik teringatkan pasangan je, sampai lupa tuhan, keluarga.




Amboi, dulu masa bercinta bukan main rak lagi, tapi bila dah putus macam dunia nak kiamat dibuatnya. Tak elok la macam tu, dulu baik sekarang nak jadi musuh lak. Apa pun terimalah kesilapan masing-masing dan saling memaafkan. Pokok pangkalnya tanya sama hati, berapa nilai harga cinta yang korang berikan dan korang dapat. Cuba nilaikan sama tak jumlahnya? Berapa peratus bezanya? Tinggi atau rendah nilainya? HaH? Bukan salah harga cinta tapi soal jodoh! Yeke? Memang la, jodoh tu ketentuan tuhan, tapi tak salah kalau kita berusaha. Apapun cinta hakiki adalah cinta kepada Allah. Cinta pada manusia, manusia akan mati, cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada Allah, cinta yang teragung, hakiki dan abadi.



Tapi apa yang menyedihkan, ada segelintir pasangan bercinta yang menyambut Valentine Day. Bagi yang beragama islam, perbuatan ini boleh merosakkan akidah dan dan mencalar kesucian diri sebagai seorang islam. Perkataan "VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi, mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol.. 



Kalau ikut logik, kalau ia benar hari kekasih, kenapa tidak namanya Lover Day or Sweetheart Day? Fikirlah, jangan menganggap perkara ini mudah. Syukurlah, sekarang tv tidak lagi agresif dengan iklan valentine ini tapi ada pulak, tayangan movie ini di pawagam. Nauzubillah. Biasanya yang sambut hari kekasih ni, pasangan yang belum berkahwin, mereka yang dah kahwin tak kisah pun dengan hari ni sebab mereka ada hari ulang tahun perkahwinan. Paling malang ada yang pilih tarikh 14 februari sebagai hari perkahwinan mereka. Kalau ambil tarikh ni sebab ada cuti tahun baru cina tidak mengapa, jangan ambil sebab ia hari valentine sudah la."Jangan buktikan cinta dengan maruah diri anda, jangan menodai kesucian cinta anda" Buktikan ia dengan rasa keikhlasan dan kasih sayang anda pada Tuhan Yang Maha Agung. "Aku mencintai dia kerana Allah, aku meninggalkan dia kerana Allah juga. Jika hilang cintanya pada Allah, maka hilanglah juga cintaku padanya".


Mengapa mencari teman sesetia HAWA,
jika diri tak sekuat ADAM,
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W
tak perlu mencari sebaik FATIMAH, jika diri tak sebaik ALI.


Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

12 respon pembaca:

  1. dah x de makna cinta dlm hdp..

    BalasPadam
  2. Tak ternilai dengan wang ringgit..
    First time ke sini..
    Kalau rajin singgahlah blog saya yang tak seberapa ye

    BalasPadam
  3. to rentan, ayt mcm bru putus cinta ker? insyaAllah, nti ada cinta yg baru yg baik utk rentan..

    zool, welcome here..mmg cinta tak leh nilai ngn wang ringgit..klu boleh nilai, tu cinta murahan..

    BalasPadam
  4. ::: salam singgah [huhu] interesting topik ni.. kalo bercinta sesama manusia, mmg byk jugak karenahnya. mmg sukar nak bendung perasaan itu jika kita mula2 merasainya.. kalo org tua start bercinta maybe mereka boleh fikir dgn matang, tapi bagi remaja & 20an nih, mmg susah. zaman dahulu ibubapa hidup zaman hippies 70an, zaman kita pula zaman internet & handphone canggih.. kalo kita baik semasa hayat kita, maka insya-Allah baiklaa anak2 kita nanti.. hukum karma.. selamat bercuti 'tetamu' [huhu]

    BalasPadam
  5. topik cinta mmg menarik utk dikupas..
    yup, baik buruk perangai anak, ada kena mngena ngan perangai ibubapanya..so, parents tak leh marah anak tak tentu hala, sblm marah kena pikir dulu..

    BalasPadam
  6. masih mencari maksud cinta itu...

    BalasPadam
  7. lol, xyah pakai pengalaman..
    asalkan ikhlas..
    insyaallah..kebahagian menanti..

    BalasPadam
  8. to nina : cinta itu sgt luas maknanya, walaupun kamus dewan telah memberi mksud, tp tu bkn mksudnya.. ingt tak ayt ni, berikan makna cinta hnya 1 perkataan..

    to aus : yup, betul tu..but bila sy jmpa ngn some1 ni, selalu kata aku tak da penglamn la bab ni..mcm la kita ni byk sgt penglmn..mcm la kita ni tbung pglaman.

    BalasPadam
  9. em , maknanya belum matang dalam buat keputusan. hahahaha .

    kalau tak mencuba , mana nak datang pengalaman bukan .

    tak kira la bercinta mahupun bekerja

    hehehehe

    BalasPadam
  10. ai, kata tadi tak pyh pki pnglaman, asalkan ikhlas, ni, kena pulak..
    kerja mmg perlu penglmn, tp cinta tak..

    BalasPadam
  11. berapa ya harganya? ngak tahu nich sobat

    BalasPadam
  12. harganya tak ternilai dgn kemewahan di dunia..
    cinta sejati terlalu mahal harganya.
    cinta murahan cinta yg dinilai ngn wang ringgit.

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!