Rumah Terbuka vs Kenduri

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog ini..dah lama sangat rasanya tak update blog..orng lain awal-awal dah ucap aku baru nak ucap, pe ar..nak buat macam mana kan tak ada mood nak update..bila ada mood & topic nak tulis...tak ada peluang pulak nak tulis blog..ada je aral melintang..Selamat Raya Puasa Enam kepada yang berhari raya hari ni..Selamat Pengantin Baru kepada yang melansungkan perkahwinan pada bulan syawal ini..

Time sekarang ni mesti ada yang busy dengan persiapan rumah terbuka..tak pun tengah pening kepala, fikir nak pi jemputan open house mana..semalam rumah aku baru open house tapi untuk student kak aku jer la..menu mee kuah.. sedap tapi yang aku tak suka..de udang & sotong..memang anti la dengan makanan laut ni...tapi ikan layan jer tak kisah asal dari air masin atau air tawar..ni nak cerita skit.. ikan ni walau tinggal dalam air masin ke tawar ke rasanya tetap manis...tak ada pulak, kita makan ikan rasa masin atau tawar..kalau lah, kita boleh tamsilkan kehidupan ikan ni dalam kehidupan kita, kan bagus..ya..ada peribahasa menyebut, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang rimau pula mengaum.. memang bagus kalau kita sesuaikan diri mengikut keadaan, tapi jangan pula, sampi hilang jati diri, jangan sampai lupa asal usul, pegangan dan matlamat asal kita..dek terpesona dengan keadaan baru..Kalau korang nak tahu, saya jadikan ikan sebagai lambang @ tema.. kenapa?? ikan walaupun tersesat dari kawasan asal, rasa manis ikan tetap tidak hilang atau berubah..ISTIQAMAH!!

Baiklah, berbalik pada tajuk utama kita..apa bezanya kenduri dengan rumah terbuka?? rasanya kalau ada perbezaannya tak la besar mana..tapi persamaan yang banyak..makan free, tetamu diundang..ok, mari kita ulas, kalau kenduri, tetamu yang datang hanya yang dijemput, yang tak dijemput boleh datang tapi tak boleh makan sebab haram, kalau termakan kena minta halal la, biasa tetamu bagi duit, kadang-kadang hadiah.. rumah terbuka, siapa-siapa boleh datang, dah namanya pun rumah terbuka..datang tu melenggang je la, kalau ada rezeki dapat duit raya..apa pun perbezaan & persamaan, layanan kepada tetamu tu paling penting..orang tak hairan kalau kita boleh buat kenduri besar-besaran, rumah terbuka untuk 1 kampung..tapi orang jadi hairan kalau kita tuan rumah @ penganjur tak pandai nak LAYAN..

Semua sedia maklum, tetamu bawa rezeki..yup, betul tu..dan tetamu juga bawa rahmat..dan lagi 1 yang ramai daripada kita tak tahu..tetamu ni bila pulang bawa balik sampah sarap yang ada dekat umah kita..hah? biar betul ko ni..yup, Dr tuah ada cite pasal tetamu ni dalam buku motivasinya.. tetamu datang bawa 1000 rahmat dan balik bawa 1000 sampah..kan jadi bersih rumah kita, bersinar-sinar dengan rahmat, sejuk & nyaman je. Sampah tu, bukan sampah yang sampah tu, tapi macam sampah la..ia bukan sampah yang kita buang pas tu majlis bandaran kutip..bukan itu yer..jangan salah faham pulak..oleh yang demikian, layan lah tetamu anda sebaik mungkin..oleh kerana, mereka susah-payah datang bawa rahmat & pulang bawa 'sampah', maka kita bagi upah. Mungkin duit raya, makanan, minuman, bekalan.. maka malang la nasib siapa yang tak ada orang berkunjung ke rumahnya & sungguh beruntung orang yang terima banyak kunjungan..

p/s : kalau kenduri, tuan rumah biasanya risau kalau makan tak cukup untuk semua jemputan, Doa la. kalau tak cukup janganlah lari sembunyi muka, tanggalkan bunga kt baju tu..buat jer macam biasa..pendapat saya macam ni,
1. bagi lauk lain maksudnya tuan rumah masak tak pun beli kat mana-mana kedai makan,
2. bagi buah tangan yang banyak mksudnya lebih sikit dari tetamu yang lain..kiranya special gitu..
3. bagi duit, kemudian suruh mereka makan dekat mana-mana kedai yang mereka suka..tapi jumlah kena ckup la
4. buat semua, no 1&2, no2&3..
ni bukan pe, nak jaga hati tetamu, mana tau, mereka akan doa yang baik utk kita, kalau tak, balik je rumah terus sumpah seranah pastu cerita kat orang lain..kan dah jadi mengumpat tu..tak pasal-pasal kita pun berdosa sama..
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

0 respon pembaca:

Catat Ulasan

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!