Sejak aku tamat belajar ni..aku asyik sibuk dengan interview..ada yang aku tolak dan ada yang aku terima.. tapi yang banyak adalah syarikat swasta..apa yang buat aku begitu teruja panggilan temuduga dari SPA..wah, bkn selalu boleh dapat ni..dan bukan senang nak lepas dan berjaya. Hanya calon yang benar-benar layak sahaja yang akan diterima.
Hari rabu baru ni aku pun pergi la temuduga SPA ni. temuduga untuk jawatan juruteknik komputer di sebuah bangunan penting kerajaan perak. Dijadikan cerita, waktu aku nak pergi tu, hujan bkn main lebat..aku la orng yang paling lambat datang utk temudga ni..dekat pukul 9 bru tiba..nasib baik abg aku datg juga nak hantar aku..aku nekad kalu smpi pkul 9 dia xdatang lagi, aku ingat nak tukar baju n masuk tidur..lagi pun hujan lebat ni best giler kalu dapat tidur, pas 2 lak mimpi yang best2.hehhe..;-) mak aku lak, waktu 2 membebel cakap tu la suka tidur pas subuh, rezeki jadi mahal la..aku sikit pun xpercaya..dlm quran ada firman yang mengatakan jika kita bersyukur maka Allah akan tambah rezeki kita, sebaliknya jika tidak nescaya azab Allah amat berat..pada aku kalau tak tidur pas subuh tapi tak reti nak bersyukur lagi teruk dari org yang suka tidur pas subuh tapi bersyukur..
aku tgk jam, cepat2 pakai baju hujan yang abg aku bawa.. eii, susah tul nak kena pakai baju hujan n seluar hujan, dah la aku pakai sepasang baju kurung..aku pun balun la pakai je..masa nak naik moto payah sikit ye la, pakai kain pas 2 lak seluar hujan..sampai je..hujan masih rintik2 lagi..waktu aku pergi pun rintik2 gak..tapi dari tempat parking nak ke pintu utama bangunan, basah juga la aku..cuma yang aku ada payungkan diri dengan beg galas warna merah TMpoint..
Masuk je kat pintu utama aku pun pi kat kaunter khidmat pelanggan, tanya nak kena pakai pas pelawat ke x,dia cakap ada temuduga ke..terus je masuk naik tingkat 2..sampai2 je aku tgk ada org ramai kt kwasan ruang legar n ada barisan kerusi..yang duduk kt situ permpuan..lelaki kat bahagian tepi dan belakang..masuk je semua org tgk aku, aku waktu 2 macam rusa masuk bangunan..hahha..aku dengan muka selamba redah je..aku tanya kt lelaki kt situ sapa entah tpi pakai jaket uitm, kena daftar ke..aku pun tanya soalan yang sama gak kt bdk perempuan..pas 2 pakcik yang kt meja daftar panggil aku..pakcik 2 surh aku letak surat SPA..
then, aku duduk kt tmpt ksg..tp ada beg putih, ingt bdk sebelah punya, rupanya kepunyaan calon yang sedang ditemuduga..aku pun bual2 ckit ngan org sebelah n sebaris aku...cuba2 utk ramahkan diri..kalau dulu aku ni agak sombong skit..tp itu masa temuduga utk latihan separa perubatan SPA jugak..aku tunggu nama aku dipanggil..petugas pendaftaran semak fotokopi sijil n bagi no giliran. aku no 17. rupanya pendaftran xhabis lagi..3, 4 org dh lepas temuduga..n org disebelah aku ni no 29..heran aku org dtg lambat cepat, org dtg dulu lambat..rupanya dia xda salinan SPM..terpaksa dia cari tempat yang boleh photostat, katanya sampai sesat..maklum la bngunan ini umpama 'istana'..besar dan cantik bangunan ini, luar dan dalam..
sesi temuduga ditangguhkan kul 11, kami diberi masa 20 minit utk rehat..kami pun pergi l ke kafetaria.. rupanya kafetaria ni terletak dibahagian hujung bngunan di peringkat basement..jauh gak berjalan.. dalam perjalanan aku sempat meninjau2 dan membaca signboard yang ada kt bangunan ni..aku hanya pesan teh panas je. milo habs..masa makan ni ktaorg bual2 dan berkenalan lg..ada sorng ni hulurkan aku roti. mula2 aku tolak, tp dia masih nak suruh aku ambik jugak..aku pun apa lagi, perut lpar gak..rezeki jgn ditolak.
kembalinya kami di tempt temuduga, sesi ini telah disambung kembali..kami yang lambat.. no giliran yang telah diatur sudh tunggang-langgang..aku pulak kesejukan, terus ke tandas..hujan masih lagi lebat...dan awan gelap menyelubungi pandangan dari tingkap bangunan..kabus pula kelihatan mengelilingi puncak gunung..air cond di sini pula sejuk...
Dipendekkan cerita, tiba masa aku..aku pun ketuk pintu dan tunggu arahan masuk..sejurus selepas itu, aku bagi salam, salam bersahut, aku melangkah menyerahkan fail dan berjabat tangan..panel penemuduga ni 3 org semua perempuan.. sesi sebelum ni ada lelaki..aku pun menjalani sesi ini mengikut tips yang aku dapat dari satu website, tips lulus temuduga SPA.
aku cuba kurangkan rasa gugup, tapi kurang berhasil, ditambah pula dengn kesejukan yang aku alami. masa berjabat tangan tadi panel ckap tgn aku sejuk..alhamdulillah, semua soalan berkaitan komputer aku dpt jawab dengan baik dan betul..yela dh memang bidang aku..bangga juga bila dipuji terror..cuma ada sedikt soalan yang aku rasa aku jawab kurang baik..yang itu bahagian diri..masa kenalkan diri. aku jawab dengn yakin..tapi aku macam kayu je keras..pulak 2, macm nk cepat hbs je..tegur panel..sekejap je aku kena temuduga..tp yg laki aku tgk mesti lama..pas 2 lak, boleh lak ketwa2, panel dgn calon...
hmm, dh settle lega aku...yang ajaibnya, sejuk n gementar dh berkurang..bkn 2 aje..aku yang xberapa nk ramah, jadi peramah..memang kelakar betul..pas 2 lak, sibuk tegur depa yg xsusun sijil ngn betul n belek2 sijl...aku jd peramah bkn pe, tunggu adik ni yang duk sebelah aku td..dia de ajak aku balik ngan dia..aku pun setuju je la dari kena naik bus..tp kalau lambt sgt aku ckp xjd..akhirnya aku pun tunggu la sampi giliran adik ni..ye la, keadan di luar msih rintik2, awan mendung lagi...kena jalan jauh lak 2..klu bus stop depan rumah n depan bangunan ni xpa jugak..pukul 3 lbh baru la aku balik n smpai rumah..lapar giler..tp aku solat dulu bru makan..
- Blogger Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Undang-Undang Negara
Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!
0 respon pembaca:
Catat Ulasan
Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--