Ok, tak apa la. Mari kita mulakan dari ulat beluncas yang dah kenyang ni. Eksperimen ni dah 3,4 tahun sebenarnya, tapi peram kisah ni kemain lama. Well, biasa la tak teringat nak post & tak ada kesempatan.
Beluncas macam kelakar pun ada. Kadang macam tenuk pun ada beluncas ni. Dia punya mata tu ada macam samseng la. Hahaha. Ya la, beluncas kan jahat. Semua pencinta tanaman pokok bunga tak suka dan anti.
Apa lagi, kutip sekor masukkan la dalam balang beserta daun-daun secukupnya untuk proses evolusi. Lubang jangan lupa tebuk, kang mati lemas pulak tak sempat nak dewasa. Haa, tengok dari hijau dah bertukar warna coklat. Tak lama lagi nak jadi kepompong la tu. Bila dah jadi coklat, beluncas dah kurang makan, diet la gamaknya. Hahaha
Daun semua dah habis. Lepas 3,4 hari jadi kepompong, balang ni dah tak tutup dah. Biar je terbuka. Tak sabar nak tunggu transformasi dari kepompong ni. Esoknya tengok kepompong dah tinggal kulit je. Jenuh la cari merata dalam rumah. Akhirnya jumpa. Wah memang tak sangka. Macam tak percaya.
Eksperimen ni, kami ulang 2, 3 kali sampai puas hati dengan hasilnya. Kami fikir sebab suasana dia tak semulajadi, berevolusi dalam balang maka hasilnya begitu. Kami temui ulat yang dah jadi kepompong, atas tanah. Lagi mudah tak perlu bagi makan, cuma simpan & menunggu. Namun hasilnya tetap sama.
Transformasinya, evolusinya bukan rama-rama tapi kupu-kupu. Rupanya beluncas bukan jadi rama-rama tapi kupu-kupu. Habis tu kalau bukan dari beluncas, rama-rama dari ulat bulu ke? Teringin nak tengok ulat jadi rama-rama sebenarnya. Tapi yang dapat kupu-kupu.
Kupu-kupu ni hanya aktif waktu malam. Waktu siang tak terdaya dia nak terbang. Ingatkan sebab baru terlepas dari balang tak pun penat keluar dari kepompong. Patut la orang suka panggil perempuan yang suka merayau tengah-tengah malam, buat hal yang tak senonoh ni kupu-kupu malam.
Pandangan dari sisi kupu-kupu. Yang ni masa 1st time buat eksperimen. Terus bawa keluar, nak terus simpan pelihara tak tahu nak bagi dia makan apa. Masa tu rasa macam ezotik je haiwan ni. Rare sangat.
Bila kami amati dan perhatikan corak kupu-kupu ni, macam corak askar. Agaknya askar buat corak uniform diorang tiru dari spesis ni la kot. Ya la, tak kan kupu-kupu pulak yang tiru askar. Orang kata apa, ambil ilham dari spesis haiwan ni. Cantik kan.
Ulat yang dah berjaya transformasi dan berevolusi ni, dia ada jugak rupa samseng dia tu la. Tak caya tengok mata dia. Ingatkan dah tak ada rupa tu. Badan pulak ada jugak macam beluncas cikit, tembam, gemok kekenyangan. Hahaha. Color pun sama, hijau jugak. Kot la nak jadi color lain bila dah dewasa. Parents ada iras-iras anak masa kecil jugak.
Rasanya ada la dalam 2 minggu setengah masa untuk berevolusi ni. Buat eksperimen tak ikut piawai, kaedah saintifik, macam ni la. Hahaha..Main bantai je, tak ada nak take note apa-apa. Just wait for the result only.
Evolusi pembelajaran yg baik ni
BalasPadamTapi memula tu kakak geli-geleman tengok ulat-ulat tu:)
tq kak zakie..ulat tu mmg mengelikan, tapi kupu2 mempersonakan.
PadamSeronok pula tgk eksperimen awak, dik
BalasPadamsy pun seronok buat eksperimen ni..hehe
Padambeluncas mempunyai cerita yang hebat...sebelum ia menjadi kupu-kupu..
BalasPadamha'ah, mcm manusia juga, dari bayi hingga dah dewasa msti byk cerita hebat2 kan?
PadamWahhhh baguslah projek ni Fanun....
BalasPadamOhhh.... ulat ni beluncas rupanya baru tau hihi.....
Ulat ni mmg rajin makan daun depan rumah hakak. Sekali serang banyak ekor. Geli hokey... Jadi kupu kupu rupanya dia
hehe..ni la yg org slalu pnggil caterpillar (ke tepi ler) tu. Daun jenis apa yg dia makan tu akak? Haha, smua org geli..dh jd kupu2 tak geli dh, terpesona terus kak hainom..hihi..
PadamKreatifnya.. Bijak sungguh, kalau unie xmmpu nk buat experimen mcm ni.
BalasPadamminat punya pasal tu la jadinya..hehe
PadamUlat ni makan daun apa ye sbb sy ada bele sekor ulat beluncas
BalasPadambagi je apa2 jenis daun pun dimakannye. try je letak sebelah dia. kalau dia suka dia makan..kalau tak suka dia tak makan.
PadamWah! Patutlah x jumpa kepompong ni. Mungkin dah jatuh ke tanah slps ulat ni habis makan. Selalu ada di pokok limau purut dan daun kari. Terima kasih kongsi eksperimen sis.
BalasPadamye kepompong nya tak melekat di pokok macam kepompong rama-rama. bila dah jatuh ke tanah, kena perhati betul-betul, sebab color tanah dengan kepompongnya lebih kurang sama je..sama2 eksperimen ni sekadar perkongsian sahaja.
Padam