Body Composition dengan Body Weight, Mana Lagi Penting?

   Terlalu banyak lambakan produk untuk kurus dan langsingkan badan. Tapi sebenarnya anda tak perlukan semua produk itu. Ada setengah orang peha besar sikit, pipi tembam lebih, perut buncit sikit dah gelabah perasaan gemuk. Berat naik 2,3 kg pun dah heboh. Setengah yang lain pulak, kalau dia masih muat semua baju masih lagi kurus. Padahal dekat lengan je dah sendat. Konon-konon sado la tu. 

   Sebelum kita ulas lebih lanjut, apa definisi sebenar atau tanggapan mengenai kurus? Setengah orang bagi dia 45kg atau 50kg dah kira gemok, 60kg ke atas obesiti. Tu bagi perempuan. Biasa la tu sensitif sangat bab berat badan lebih ni. Kalau lelaki 80kg, 90kg dah kira obesiti dah. Kalau 45kg dah boleh masuk kategori kurus kering tak pun aneroxia. Ramai yang beranggapan sebegitu.


   Sebenarnya berapa jumlah berat tak menunjukkan seseorang tu gemuk, kurus atau obesiti. Jumlah Jisim Tubuh Badan (Body Mass Index=BMI) ini akan tentukan anda dalam kategori yang mana. Nilai BMI anda lagi penting untuk dirisaukan dari jumlah berat badan anda. Dalam erti kata lain, body composition lagi penting dari body weight. Kurus atau gemuk bukan bergantung pada jumlah berat badan tapi jumlah jisim, komposisi tubuh badan anda mengikut jumlah ketinggian anda. 

Nak dapatkan kiraan BMI ni senang je. Dapatkan bacaan tinggi dan berat dulu. Berat adalah berkadar songsang dengan tinggi. Jumlah berat bahagi dengan jumlah tinggi kuasa dua (dalam meter square).

BMI = berat /(tinggi x tinggi)

Contohnya :
60kg /(1.65m x 1.65m) = 22

Kurang daripada 18.5 = kurang berat
18.5-24.9 = normal
25.0-29.9 = berat berlebihan
30.0 ke atas = obesiti

Jadi untuk dapatkan tubuh badan yang langsing, kurus, cantik dan menawan, pastikan BMI anda sekitar 19 hingga 24.9 sahaja. Siapa yang dalam kategori BMI berat berlebihan tu kawal pemakanan anda & rajin-rajinlah bersenam supaya kadar metabolisme anda meningkat dan membolehkan BMI anda kembali normal dan bukan kategori obesiti. Tahu-tahu je la bila dah obesiti ni, mudah sangat dapat serangan penyakit 'orang kaya', lagi-lagi yang dah masuk umur 40 siri. Nak kurus dan langsing ni, bukan semata nak kelihatan cantik dan menawan je, tapi untuk jaga kesihatan sepanjang hayat.

Ada satu lagi cara nak balance kan berat badan dengan ketinggian. Yang ni lagi mudah nak kira. Jumlah tinggi anda tolak dengan nilai 100.

Contohnya :

165cm - 100 = 65 kg 

Maknanya, 65 kg adalah berat badan yang ideal untuk seseorang yang tinggi 165cm. Tak kurus dan tak gemuk. Sederhana je. Kalau orang yang tinggi terlebih 2,3 kg dah masuk kategori berat berlebihan. Kalau orang yang kategori rendah ni, terlebih 5,6 kg pun masih kategori normal lagi. 

Cuma kiraan secara BMI tu lagi tepat la untuk tentukan body composition seseorang sama ada kurus atau terlebih berat badan. Kiraan tinggi tolak seratus ni jumlah berat badan secara purata sahaja untuk dapatkan nilai berat badan yang ideal. 
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

22 respon pembaca:

  1. Selalu semak BMI sahaja. Ada ilmu baru yang diperolehi selepas membaca post ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bgus la selalu semak BMI..semoga bermanfaat..

      Padam
  2. Betul kena check BMI baru tahu kedudukan kesihatan kita di mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu kak zakie, tak ramai yg rjin check BMI.

      Padam
  3. Yeayy, bmi kite normal, 23.6.. Kalau ikut tinggi-100 tu pon mmg dah tepat sangat, haha~

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah la yien, bmi normal, kekalkan..klu badan jnis senang naik, kna jaga mkan & rjin bersenam, nti jadi terlebih berat pulak.

      Padam
  4. pertama kali rasanya singgah sini...salam perkenalan dari arzmoha

    perkongsian yang baik...arz masih dalam BMI yang normal..

    rajin buat dua blog ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh, yeke..salam perkenalan jugak arzmoha..Tq..alhamdulillah normal..
      haha, tu dedulu, mmg rajin la, skg ni dah tak larat rasenya, passion pun tak macam dulu, huhuhu.

      Padam
  5. kalau nak ke tahap normal, sekurang2nya saya kena turun lagi 5kg...5kg ni payah bebenor tau huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu payah bebenor, kna disiplin la bab2 makan ni. Kurangkan mkan maknan bersantan & berkalori tinggi. Makan yg jenis kurang lemak & kurang gula. Selain, rjin bersenam.(^_^)

      Padam
  6. Abe Nik normal je hi3....
    ermm kalau nak kurus baik bersenam atau buat sesuatu yg boleh mengeluarkan peluh daripada makan ubat takut ada kesan sampingan

    BalasPadam
    Balasan
    1. bgus la normal. em, betul tu.. eh2, bkn abe nick ade jual ubat kurus gak ke? huhu

      Padam
  7. sy dah lama x check hahahah

    BalasPadam
  8. BMI lagi penting kan,,tapi i suka timbang berat lepastu cuak sendiri..padahal masih normal..ntah apa2

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..haha..ni mesti kes takut gemok sbb dh mkn byk sgt kn.

      Padam
  9. slm.. nice info. kna check BMI bru tahu berat bdn ideal ke tak. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm..thnks..klu tak ideal sng nk adjust bila perlu kan..hihi

      Padam
  10. Down terus..... sebab mmg obes.....huhu....Mcm nak puasa sekarang jugak rasanya. huhu....Nak kurus tapi makan tak hengat dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe, pelan2 kayuh org kata. mkn byk tak salah tapi jumlh tu kena sikit. mkn kerap, jgn skaligus. kena ambik mkanan rendah kalori & byk fiber la, supaya tak cepat lapar.

      Padam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!