Jerawat. Satu perkataan yang boleh membuatkan si gadis remaja trauma, mental down dan sebagainya. Mana tidaknya jerawat tu pula muncul di tempat yang mudah dilihat seperti kawasan pipi, dagu, dahi, hidung. Kawasan yang paling dibenci adalah pipi (sekitar buah masam). Memang mencacatkan penampilan betul. Nak pula, kena berhadapan dengan ramai orang, paling tragis masa tu ada event grand. Huh!
Tengok muka dekat cermin belek-belek jerawat yang tengah subur tu sambil fikir kenapa la jerawat selalu muncul dekat kawasan yang mudah dilihat? Benci! Benci! Benci!
Tengok muka dekat cermin belek-belek jerawat yang tengah subur tu sambil fikir kenapa la jerawat selalu muncul dekat kawasan yang mudah dilihat? Benci! Benci! Benci!
Jangan risau kini, ada penyelesaiannya. Gel Jerawat Syahirah mampu membantu anda. Mudah sahaja. Perkara paling penting pastikan tangan anda bersih. Anda tahu bukan tangan yang kotor mungkin ada bakteria atau kuman yang boleh menyuburkan ladang jerawat anda, selain faktor kulit berminyak, pengambilan makanan dan hormon badan seseorang.
Muka pula, biarlah bersih dan kering. Maknanya lepas dah cuci muka boleh la pakai gel ni. Emm, paling bagus lepas anda pakai toner. Tu pun kalau pakai toner la. Picit tube gel ni, keluarkan sikit dan tempek la dekat beberapa jerawat yang hendak dihapuskan tu lembut-lembut. Lepas pakai, biar dulu. Bagi kering sekejap. Lepas ni mesti anda nak touch-up bedak kan. Sabar dulu. Kalau terus touch-up bedak nanti ada kecacatan pada muka anda. Benda basah kalau dah campur dengan benda kering sebijik macam tepung campur air. Tak percaya try le. Kalau pakai foundation or krim ok lagi.
Pakai gel ni 2 atau 3 kali sehari. Bergantung kronik atau tidak jerawat anda. Kalau jerawat teruk tak payah touch up bedak kt kawasan jerawat nanti nak pakai gel jerawat susah lak nanti.
Specialnya produk ni dia ada triclosan, salicylic acid, aloe vera, biotin. Tapi yang paling banyak peratus kandungannya dalam 4 bahan ni Biotin. Formula istimewa gel ni membantu mengering dan mengurangkan jerawat. Ia juga membantu menyerap minyak berlebihan dan mengecutkan bintik tanpa meninggalkan kesan.
Aloe Vera dan Biotin ni berfungsi melembapkan kulit anda secara semulajadi. Tapi jujurnya 4 bahan ni tak banyak pun dalam produk ni. Anda boleh tengok sendiri di bawah ni. Senarai paling awal bermakna tinggi peratus kandungan dan berkurangan mengikut urutan.
Bahan-bahan : Deionized Water, Propylene Glycol, Carbomer, Triethanolamine, Allantoin, Epilobium angustifolium Extract, Biotin, Ginseng (Panax ginseng) Extract, Vinegar, DMDM Hydantoin, Triclosan, Sodium Ascorbyl Phosphate, Goat's Milk Powder, Tocopheryl Acetate, Aloe Vera (Aloe barbadensis) Extract, Licorice (Glycyrrhiza glabra) Extract, Witch Hazel (Hamamelis virginiana) Extract, Thanakha (Limonia acidissima) Extract, Salicylic Acid, Fragrance, O-Cymen-5-OI, Menthol, EDTA
So girls, please make sure do you have this pimple gel as your secret weapon!! Pastikan ada dalam tas tangan atau beg makeup anda.
wah...mcm nak try je..tq share info:)
BalasPadam@ warna warni : apa lagi try la..
BalasPadamtq for reading