Kesalahan ketika melihat tahi bintang

Suatu malam, sewaktu anak saudara saya ada keperluan di luar rumah, lalu dia mengajak saya menemaninya. Penulis sempat memerhati keadaan sekeliling termasuk pemandangan langit di waktu malam. Terlihat kerdipan bintang bersinar dan kelihatan rembulan malu-malu menunjukkan diri. Penulis mengajukan pertanyaan pernah tak tengok tahi bintang? Dia menjawab tak pernah? Nak tengok tak tahi bintang? Nak, kat mana? Kat mana-mana boleh tengok, bulan 4 nanti ada hujan tahi bintang (meteor). 

Kemudian dia melanjutkan pertanyaan yang sama sekali tidak penulis duga. Agak terkesima mendengar pertanyaan itu. Dalam hati risau. Ini semua kerana pengaruh kartun di televisyen. Anak saudara saya ni memang gemar menonton rancangan kartun. Biasa lah dah nama pun budak-budak. Penulis teringat dalam kartun doreamon, kalau tak silap ada babak melihat tahi bintang melintas. Lalu watak itu mengingatkan rakannya agar dengan segera memohon hajat. Astaghfirullahhala’azim!!!

Apa pertanyaan anak itu? Nanti bolehlah kita mohon hajat? Jawapannya TAK BOLEH !!! Kenapa? Pertanyaan dijawab dengan pertanyaan juga. Mengapa nak minta pada tahi bintang itu? Nak minta, mintalah pada Allah bukan pada tahi bintang. Penulis begitu berharap mudah-mudahan penjelasan yang ringkas itu sangat berkesan dalam jiwanya. Alhamdulillah, dia seakan menerimanya dan berpuas hati dengan penjelasan yang ringkas itu. Selain itu, penulis berharap juga sekiranya hal ini timbul di kalangan rakan-rakannya, dia akan menegahnya dan menjelaskannya dengan lebih terperinci lagi.

Seandainya anak itu, masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan keliru. Maka, apakah penjelasan yang mantap dan menyakinkan? Begini, di dalam Al-Quran Allah telah menyatakan dan menjelaskan perkara ini. Di dalam surah Al-Ikhlas ayat 2 : ”Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.” Maknanya semua makhluk memohon hajat kepada Allah. Bukan manusia sahaja, malah jin, setan, malaikat, binatang dan tumbuhan juga memohon hajat dan mengadu kepada Allah. Begitu juga dengan bintang, matahari, bulan dan juga tahi bintang (meteor) itu . Maka apakah alasan wajar untuk memohon hajat kepada tahi bintang?

Selanjutnya,  Allah menyatakan di dalam Al-Quran agar hambaNya memohon doa kepadaNya kemudian Allah akan mengabulkan permintaan hambaNya. Ketahuilah Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Cepat atau lambat suatu doa itu dikabulkan adalah kehendak dan ketetapan Allah.

Kemudian di dalam Al-Quran juga, ada disebutkan bahawa berhala sembahan tidak akan memberi sebarang mudarat mahupun faedah kepada yang memintanya. Bahkan ia akan menjadi bahan siksaan dalam neraka di akhirat kelak.

Ini bererti, seandainya hambaNya meminta atau memohon hajat selain daripada Allah bererti dia telah syirik kepada Allah. Sesungguhnya perbuatan memohon hajat ketika melihat tahi bintang... Hmm, satu lagi iaitu memohon hajat sebelum meniup lilin kek hari jadi, adalah perbuatan khurafat dan syirik! Si pemohon hajat akan berdoa ketika tahi bintang melintas kemudian berharap hajat dikabulkan setelah tahi bintang itu hilang dari pandangan. Ketika upacara memohon hajat sebelum meniup lilin. Si ’birthday boy/girl’ akan disuruh memohon hajat sebelum meniup lilin, kemudian dia berharap hajat itu akan dikabulkan setelah lilin ditiup. Hah! Karut.

Ia merupakan perbuatan yang boleh merosakkan akidah, seandainya berterusan dilakukan boleh mencabut keimanan seseorang. Jadi saudaraku sekalian berhati-hatilah dan beringatlah. Walau sebesar manapun dosa kalian, selagi tidak syirik kepada Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya.

Ketahuilah wahai saudaraku, masa yang sangat afdal memohon hajat kepada Allah adalah pada sepertiga malam. Jadi sesiapa yang ada masalah, mengadulah kepada Allah dan mohonlah doa pada Allah setelah selesai solat qiamulail. InsyaAllah anda akan memperolehi kekuatan jiwa dan hajat anda cepat dikabulkan Allah.

p/s : jangan terpengaruh dengan budaya barat melalui media massa seperti filem, drama dan sebagainya. Jika sudah terlanjur, segeralah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Jangan menunggu sehingga ajal sampai ke tengkorok, ketika itu taubat tidak berguna lagi. 

Jadi masa tengok tahi bintang tu lain kali, baca le doa. Doanya begini.


Ù…َا Ø´َآءَ اللهُ لاَ Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِلاَّ بِالله

Ertinya:"Apa yang dikehendaki Allah, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah". 
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

9 respon pembaca:

  1. Thanks for sharing. Memang mudah terdedah sekarang dengan media massa so kena pandai-pandai le

    BalasPadam
  2. Musim hujan waktu malam susah nak tgk tahi bintang laa! Tahi kuching tu selalu buang...hehehe

    BalasPadam
  3. heehehe itulahh.pengaruh omputeh n cite katun sangat besar kat budak2. orang dewasa kena sentiasa ada ngan dyorg ni kalau tak dyorg ingat sume betol.

    BalasPadam
  4. betol2 .. sy stuju... risau gak ye..
    kanak2 dh terpengaruh ngn cite2 kartun...

    BalasPadam
  5. to sharinginfoz : betul tu, tapi masalahnya tak ramai yg pandai..

    to captain : ala, tak kn hujan tiap2 mlm kot..tak pe..bln 6 nti kta tgk gerhana bulan lak..5hb ni de tahi bintang lgi le

    to merah : tu le sbg org dewasa kta kna le pantau aktiviti anak2 kecil ni..msti beritahu do it and don't it. yg bhaya kartun jepun and disney

    to azrie shariel : klu org besar lak terpngruh ngn cite meteor garden..

    BalasPadam
  6. budak2 skrg mudah terdedah dgn pengaruh barat huhu

    BalasPadam
  7. betul, tp lbh malang jika org dewasa pun turut tpngruh..

    BalasPadam
  8. budak2 tengok tv terikut-ikut budaya luar..

    BalasPadam
  9. ha'ah, tp klu budak2 yg mumaiyyiz insyaAllah tak tpengruh..

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!