RAMAL CUACA SENDIRI : Hujan Ke Tak Hari Ni?

Dari akhir bulan Februari sampai akhir bulan April, cuaca boleh tahan, panasnya. Membahang betul. Paling tinggi 38 Darjah Celcius. Sekarang ni Alhamdulillah la, cuaca pun dah ok. Sejak hujan dah mula turun dengan lebatnya, hampir setiap hari.


Suhu dah jadi semakin stabil macam sebelum-sebelum ni. Musim fenomena El-Nino pun dah berlalu. Sekarang ni musim kering dan berangin pulak. Musim buah-buahan.



Sekarang ni pulak, cuaca dah tak menentu, dah makin tak stabil. Malam pulak rasa macam membahang dari waktu siang. Nak ramal cuaca pun susah. Susah, dah tak macam dulu-dulu. Ni la sebahagian dari kesan eksplotasi ke atas cuaca. Hasil teknologi HAARP.

Selalunya kan, kalau hari rasa panas semacam dari biasa, tu petanda hari nak hujan. Aku perhatikan, keadaan ini masih valid lagi sampai sekarang. Hujan tu pulak, lebat, kadang siap de guruh, kilat sekali. 

Tapi kalau hujan yang lebat, tapi tak ada guruh, kilat petir semuanya, sah-sah la kan hujan buatan. Hasil dari pembenihan awan. 

Satu keadaan lagi kalau nak tengok hujan turun atau tak hari ini, kena tengok langit dulu. Langit mendung dihiasi burung-burung yang banyak berkeliaran ke sana ke mari. Dalam sejam dua lepas tu, hujan pun mulai turun dengan lebatnya beserta kilat, guruh, mungkin petir sekali. Kalau tak ada tu, maknanya mendung biasa je. Awan melindungi kita dari terik pancaran matahari. 

Tapi kalau langit dah gelap, awan kumulonimbus pulak rendah sangat dari awan biasa, tunggu la seminit dua, hujan lebat terus. 

Bestnya bila hari hujan. Lagi-lagi kalau hari jumaat. Nak-nak pulak suasana lepas hujan lebat yang ada kilat & guruh tu. Perghh, heaven, damai. Masa tu la ion-ion negatif mula bertebaran ke seluruh jagat raya. Pelangi pun muncul. Tapi sekarang ni dah lama tak nampak pelangi. Mana pergi ek?

Ha, korang biasa mandi hujan tak? Jom try mandi hujan masa hari jumaat. Kalau dapat time malam jumaat & bulan mengambang, memang terbaik la. Rahmat melimpah-limpah.

"Who control the weather, will control the world"

update 28/9/2016
Biasanya kalau hujan malam jumaat atau siang hari jumaat, hujan tu berpanjangan atau berterusan selama seminggu. Mungkin hari-hari hujan walau tak lebat hingga jumaat berikutnya. Tak percaya tengok le. 

Kalau tengah musim panas boleh ucap syukur sebab penderitaan kepanasan & kemarau bakal berakhir. Tapi kalau tiap-tiap malam & siang hari jumaat hujannya hati-hati lah mungkin tak lama lagi musim tengkujuh atau banjir. Kenalah segera buat preparation.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

19 respon pembaca:

  1. Biasanya nak lepas gian, waktu main bola bersama rakan sekerja,
    tapi sejak kes pemain Melaka yang dipanah petir, rasa risau juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka men hujan jugk rupanya tapi kalau ada kilat janganlah main. lama tak nampak padin, nak komen kt post padin xboleh, dapat baca je la. sejk padinno dh jd padinrose mmg xblh komen dh, hurmm.

      Padam
    2. hehee ada je Fannun.. tenggelam timbul..
      kotak komen tak muncul ke?.. sy tak pasti apa masalah sebenarnya sistem komen tu,

      nak buang rasa sayang pulak komen2 terdahulu

      Padam
    3. kotak komen ada, akaun google nak komen tu yang tak adanya.

      Padam
  2. untung juga boleh ramal sendiri cuaca, bolehlah nak plan aktiviti seharian

    BalasPadam
  3. nak hujan je mesti ada bau hujan

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik, bukan tengah hujan ke baru ada bau?

      Padam
  4. Biasanya mengharap aplikasi ramalan cuaca di Smartphone memberikan maklumat ramalan cuaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. standard zaman smartphone, lagi-lagi selalu buat aktiviti indoor.

      Padam
  5. Boleh jadi pakar kaji cuaca nie.. ahaha

    BalasPadam
  6. waaa.. nice info ni.. ye betul juga tu sekarang ni susah nak buat ramal tahu2 je hujan..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Pencarian Hp Baru HTC Or Lumia? article...

    BalasPadam
  7. salam fahnun..
    rm40 utk 20pcs (1side) free pos dan sampul putih
    jika stay sabah sarawak tambah RM5

    *design sendiri (size A6/ 4x6inci/ 1778x1264px)
    *ini sizenmelintang kalau menegak just terbalik kan je tq :)

    BalasPadam
  8. Sy suka hujan dan esok.cuti kerja...atau hujan.mkn goreng pisang dgn teh o panas

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap juga tu makan goreng pisang dengan teh o panas ptg2, xkira la hujn & pns.

      Padam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!