Apa yang paling menarik berbanding telco lain adalah tarikh tamat tempoh kredit. 28 bulan. 2 tahun 4 bulan. Lama tu. Memandangkan masa tu tempoh sah kredit aku pun masih lama lagi, so aku KIV je dulu. Siapa yang tak suka kredit lambat expired? Gila annoying asyik nak kena topup je semata-mata nak aktifkan kredit. Lepas tu jumlah kredit terkumpul sampai berpuluh-puluh ringgit tak luak. Ya la, zaman sekarang ni orang dah jarang pakai SMS dah kecuali urgent & get fast attention. Nak chat pun pakai whatsapp, telegram, banyak sangat apps yang sediakan servis text & call secara percuma.
Kebanyakkan user ni, kredit diorang habis untuk langgan internet je. Yang balance tu la guna untuk SMS & call. Kalau dah ada wifi, no need la nak langgan data kan, kecuali luar kawasan wifi atau telco ada bagi offer contohnya RM5 sebulan 500MB data. Rugi tak grab.
2. TAK CURI & TAK TARIK DUIT KORANG SENYAP-SENYAP
Bab kredit tetiba habis, hilang tanpa digunakan ni memang ramai orang bengang. Baru topup, alih-alih kredit tinggal seringgit dua, paling malang berapa puluh sen je ada. Entah apa yang ditolak. Kadang-kadang tu tak sengaja terlanggan SMS apa benda entah. Laju je kredit kena tarik. Tu tak campur lagi dengan yuran Caller ringtones, call me tones setiap bulan. Apa motif entah nak langgan setiap masa. Yang dengar pemanggil je pun. Tuan punya nombor tak dengar. Zaman sebelum smartphone ni, kadang-kadang saje je miss call orang sebab nak dengar lagu ringtones ni. Haish, tetiba rindu pulak zaman tu.
Misal kat korang terklik atau ter'on' data, kredit korang tak melayang. Melainkan korang langgan internet la, even kuota korang habis pun kredit tak ditolak. Korang punya tarikh langgan data dah expired, tapi lupa tutup data pun kredit korang tetap sama jugak. Bajet dalam RM20 dah boleh langgan internet selama sebulan, kalau xpax dulu tahan 1 week je. Haha, sekarang ni aku tak tahu berapa, malas nak ambik tahu & tak guna pun.
3. DIVIDE DUA AKAUN DA & MA
Bila ada dua akaun utama ni. Ada juga baik dan buruknya. Tapi nampak lebih kepada baik. Kalau tak buat apa nak wujudkan benda ni. Make sense la. Dedication Account untuk sms & call. Main account untuk langgan internet. So dah ada pembahagian di sini bagi kemudahan kawalan kredit. Cuma MA tak boleh pindah kredit ke DA. Caj berbeza pulak untuk sms & call, DA lebih jimat. Bila kredit di DA habis automatik akan guna kredit di MA.
4. SMS FREE SETIAP BULAN & CALL RATES PER BLOCK
Siapa tak suka benda free kan. Aku punya free sms makin bertambah setiap bulan. Kalau orang bercinta best la kan, boleh guna waktu terdesak tak ada line internet. So tak payah nak gaduh-gaduh pasal last seen la, blue tick la. Call rates dia pulak caj 30 saat per block. Senang nak bajet kredit untuk call. Setengah telco 15 saat perblock, next block caj harga lain pulak.
5. ADD FRIEND & FAMILY
Part ni yang bestnya. Selalunya mana-mana telco akan bagi offer rates yang murah untuk call & sms ke no senarai pilihan. Korang boleh add mana-mana nombor tak kira telco apa tapi terhad kepada 10 nombor je pada satu-satu masa. Termasuk juga fixed line; telefon rumah dan pejabat. Dulu celcom xpax pun boleh add nombor fixed line, tapi aku perasaan sejak celcom & TM bukan bawah 1 bumbung dah tak boleh dah.
6. DAPAT LEBIHAN KREDIT BILA PERKENALKAN ONEXOX PADA ORANG LAIN
Part ni ramai sangat orang suka & mudah terjebak. Boleh jana passive income katanya. Walaupun cuma 6% tak lebat macam tone excel. Onexox bagi reward bila perkenalkan tentang kelebihan sim kad ini pada orang lain. Setiap kali orang tersebut topup, 6% terus masuk ke simkad kita. Bila ramai orang yang join under kita, lama-lama kredit kita jadi free. Tak payah spend duit untuk topup lagi.
Dulu aku ada la jugak ajak orang daftar sim kad ni. Sekarang tak lagi. Jangan ada yang nak minta dekat aku pulak. Pelik je aku rasa, macam something wrong somewhere. Apa hal aku nak kena dapat 6% bila setiap kali diorang topup, bukannya diorang topup direct ke aku. Lepas diorang daftar simkad, aku dah tak ada kena mengena dah dengan diorang punya hal. Kat sini aku dah rasa tak sedap, rasa tak kena. Macam MLM pun ada, macam syubahah pun ada. Duduk diam dapat kredit. Kalau spesis pemalas, nak senang je & gelap mata dengan duit memang suka la. Pucuk dicita ulam mendatang katanya.
Masa mula-mula nak daftar, kredit aku ada la dalam RM10. Sayang nak tukar, burn gi tu je nanti. Dealer tu baik hati nak topupkan aku RM10. Hurm, taktik nak pancing aku la tu. Bila orang dah offer kita rembat je la, rezeki jangan ditolak. Aku pun sedekah la kredit tu dekat orang lain, dari terbazir macam tu je, baik biar orang lain guna iye tak. Aku rase dealer tu pun dah untung banyak dari jual sim kad ni dekat orang ramai. Harga SIM KAD RM10, tapi kredit dalam ada RM5.
Selama setahun lebih ni, aku memang berpuas hati la. Onexox bagi apa yang aku nak. Terutamanya dari segi penjimatan perbelanjaan topup bulanan aku. Last topup dalam 24hb disember lepas RM50. Sekarang tinggal RM40 lebih je. Apa macam jimat tak? Hehe (^_^)
memang menarik gak ni
BalasPadambolehlah try kalau nak.
PadaminsyaAllah. salam ramdhan sis
Padamsalam ramadhan juga & selamat berpuasa & berbuka.
PadamXox mmg puas hati dpt jimat dpt kongsi gn family
BalasPadambetul tu, sangat jimat, sy sendiri 2 atau 3 bulan sekali je topup
Padam