TIPS Lulus Temuduga

Assalamualaikum..hai semua..aduhai rindunya nak berblogging tapi apakan daya masa  begitu mencemburui. Hari ni aku nak kongsikan sikit tips temuduga. Hari tu aku ada pi karnival kerja yang berlangsung di tempat aku. So aku pun pi la. dan dekat sana ada klinik kerjaya. Aku ingat menda la, rupanya ceramah pasal kerjaya, dari nak tulis resume sampai la nak pergi interview.

So aku nak sharing sikit dengan korang memandangkan ada permintaan. Actually aku dah miss dari mula ceramah tu. ingatkan dah nak habis, rupanya sempat join lebih kurang 1 setengah jam. Em, sebelum tu ucapan dari pengerusi majlis & VIP kot.

Ok, kita mulakan. Resume yang lengkap dan terbaik hanya dalam 2 muka surat sahaja. Apa yang terkandung di dalamnya butir peribadi. tinggi & berat tak perlu letak melainkan interview tu memerlukan syarat-syarat fizikal macam bomba, polis, imigresen. Selepas tu letak butir-butir akademik, pengalaman kerja, kemahiran yang dimiliki, last sekali references (rujukan).

Temuduga pulak, kena datang awal, berpakaian kemas, make-up jangan tebal sangat. Berpakaian ikut kesesuaian jawatan yang dipohon. Kalau minta jawatan yang memang 100% perlukan kemahiran, tak kan datang pakai baju kurung. kalau goverment biasa memang baju kurung dan sangat formal sebab masa kerja pun kena pakai baju kurung. Lelaki senang je kemeja dan bertali leher. dan make sure color tali leher tu matching dengan warna baju kemeja yang dipakai. kalau swasta bergantung pada jenis jawatan. Laki dan perempuan kasut bertutup. Macam korang pi ambik lesen la. kan kena pakai kasut bertutup. tapi temuduga jangan le pakai kasut sukan.

Biasa kan datang awal setengah jam sebelum masa temuduga. Sebelum nak datang tu pastikan tahu dekat mana temuduga dijalankan, supaya tak kelam kabut masa hari temuduga. tersesat sewaktu perjalanan boleh menyebabkan korang datang lewat. lepas tu semua jadi kelam-kabut. Paling malang, sijil & resume tertinggal. kalau datang awal sempat lagi nak balik dan ambil.

semasa temuduga, beri salam dan berjabat tangan dengan penemuduga. (itupun kalau sama jantina). duduk di kerusi yang dikhaskan. jangan ubah kedudukan kerusi tu. macam rapat kan kerusi dengan meja penemuduga. Duduk dengan tertib dan sopan. Sebab penemuduga tengok. Jawab soalan penemuduga dengan baik, tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang hingga meleret-leret.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

6 respon pembaca:

  1. nice info..hee.pnah g interview ape2 x?

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas perkongsian info.. Informasi ini sangat berguna kepada graduan yang baru menamatkan pengajian..

    Senarai peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2

    BalasPadam
  3. to ain dzaya : u'r wlcme

    to Qu azniza : hehe :-)

    to mizz_nizz : :-) pnah je..gov pnah private pnah..

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!