Arghhhh..Jerawat bencinya!!!!

Arghhhh!!!! Jerawat, bencinya!!! Dialog yang sering keluar dari mulut para remaja. Siapa yang suka? Tiada termasuk aku! Jerawat biasanya muncul di kawasan yang mudah dilihat seperti tulang pipi. Namun, Zon T lebih berbahaya. Kawasan ni lebih berminyak dan SANGAT SUBUR untuk pertumbuhan jerawat.

Jerawat biasa terjadi apabila liang pori tersumbat dan bakteria sebagai pemangkin. Sebum(minyak), kotoran, debu adalah ramuannya. Kulit padang permainannya. Bagi perempuan sebum lebih banyak keluar ketika hampir haid. Jadi masa ni la penjagaan kulit muka mesti dijaga rapi. Kadang-kadang jerawat ni ada juga baiknya. Ye ke? Sebagai langkah berjaga-jaga & amaran. Orang mengandung selalunya hampir masa kelahiran akan ada jerawat. Namun bergantung juga pada jenis kulit.
Hek eleh, rileks. Tak remaja ar kalau tak ada jerawat! Sebab jerawat suka pada remaja. Jeragat suka pada orang tua. Jadi sapa-sapa yang bukan remaja tapi ada jerawat kira remaja la tu. Tapi yang muda belia ada jeragat kategori tua la tu. hahaha..(gelak guling-guling)

Tak perlu nak risau semuanya bisa diatur. Sekarang ni ada macam-macam produk, petua nak hilangkan jerawat, parut jerawat, jeragat. Dari yang mahal sampai la yang paling murah. Actually, aku pernah cuba beberapa produk kulit dan juga petua. Semuanya SUCCESS!

Masa aku pakai krim kecantikan alaisyah sebagai foundation. Aku dapati muka aku tak ada jerawat langsung. Ada yang cuba-cuba nak tumbuh tapi terbantut. Hahaha.. Aku terbaca dalam majalah Dara.com. Hmm, patut la pun. Dalam krim ni mengandungi Benzoyl peroxide sebanyak 10% yang berfungsi membantutkan pertumbuhan jerawat yang disebabkan oleh bakteria. Tapi mungkin dapat alahan akibat penggunaan benzoyl peroxide.
Aku pernah pakai produk Olay. Tapi masa zaman sekolah. Beli pakai duit belanja yang aku simpan. Aku guna separuh je dari duit belanja untuk makan. Lagi pun aku kenyang sebab awal pagi dah makan. Bayangkan sehari aku simpan 50sen..seminggu, sebulan aku dapat berapa? Pe macam lepas tak, aku nak beli produk ni? Kalau MC, cuti umum, memang tak best sebab tak ada duit belanja.. L Aku pakai Cleanser dengan total white secara berasingan. Maknanya try satu2 dulu. Memang best. Kulit licin dan bebas jerawat. Tapi ruam jarang-jarang ada, ikut perubahan cuaca. Total white ni menghilangkan cela, parut jerawat & noda pada kulit. Tak sampai seminggu semua hilang macam tak pernah ada sebelum ni. Kadang aku pun tak perasan bila masa cela ni hilang. Tau-tau je dah je lesap.

Masa zaman kolej, aku pakai Nanowhite. Mahal produk ni. Tapi masa tu dapat elaun MARA, memang sedap ar. Memang best produk ni. Dia membersih secara mendalam. Tapi aku tak pakai 1 set. Moisturiser pun dekat RM30 lebih. Mau habis RM100 semata-mata untuk wajah je. Belum campur shampoo dan peralatan bilik mandi yang lain. Makan lagi, sewa rumah. Tak kan nak perabis duit elaun tu, mesti kena simpan sikit. (simpanan waktu terdesak)

Produk Aiken, Tea Tree Oil tak pernah cuba lagi. Tapi bagus sebab membersih kulit secara mendalam sampai ke liang pori. Yang ni murah cikit dari Nanowhite. Produk-produk ni untuk yang ada duit dan mampu sahaja. Bagi yang tidak mampu jangan bersedih, kita boleh guna beberapa petua. Mudah dan murah!

Jerawat jenis seketul ni, biasanya muncul akibat stress, tension. Orang dan kulit yang stress mengalakkan lagi pertumbuhan jerawat. Aku pernah cuba pucuk jambu batu. Tumbuh sampai lumat dan tempek pada tapak jerawat. Hasilnya memang menakjubkan. Beberapa hari jerawat hilang. Lepas tu aku pernah guna biji (color hitam) pokok bunga kembang pagi dan Asar. Bila pecahkan biji tu, isinya putih macam bedak lepas tu tempek pada jerawat. Selesai masalah. Tak perlu kuarkan sesen duit pun, cuma guna modal air liur je. Ye la nak kena berbasa-basi nak minta dari jiran, kawan atau sedara. Tapi aku free je. Kat rumah aku ada. Hehe (senyum bangga)

Lidah buaya? Aku tak pernah try. Tapi memang bagus, untuk muka dan rambut. Kulit licin dan lembut. Rambut sihat dan cantik. Tiram pun boleh buat ubat jerawat. (mak aku pernah try) Tapi yang ni makan masa dan risiko tinggi. Lepas pakai jerawat akan naik dengan banyaknya dalam masa beberapa hari. Kemudian, tiada lagi masalah jerawat. Macam tu juga dengan gamat. Campur air gamat dengan bedak sejuk. Masa dan kesan bergantung pada jenis kulit.

Masalah jeragat, senang je tak payah pakai produk itu ini, mahal, murah. Guna cara tradisional boleh settle dengan modal yang cukup murah. Putih telur dan perahan limau nipis (limau nipis ni tak sedap buat air ,uweks pahit!!). Pastikan peratus putih telur lebih banyak dari limau nipis. Kalau tak rasakan kepedihan apabila ia menyentuh wajah korang! Pakai hari-hari untuk lihat perubahan yang cepat. Masa pakai masker ni memang tak boleh bercakap, senyum, ketawa, kena buat muka serius. Bila dah kering baru boleh basuh. Lebih kurang dalam 30 minit macam tu. Masa tu rasakan betapa lembutnya kulit korang. Actually, jeragat orang muda biasanya kesan sinaran matahari, yang tua faktor usia. Siapa yang bertopeng (sunburn) boleh cuba petua ni. Aku suka letak kat tangan sekali. Tangan pun kena sunburn pe. Kalau ada cara yang murah dan berkesan kenapa mesti pakai yang mahal kan??

Sekarang ni aku pakai sabun resdung. Senang dan selamat. Tiada bahan campuran bahan kimia. Harga dalam RM7. Protection UV? Tak perlu sebab aku jarang kuar rumah dan terdedah dengan sinaran matahari yang berbahaya tu! Tapi sabun ni mudah hancur bila terendam dalam air dan suhu yang tinggi macam dalam booth kereta.

Penjagaan kulit wajah ni penting. Walau cantik macam mana pun pakaian, gaya, bentuk badan yang pertama dilihat, muka kan? Kulit yang cantik meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Emosi akan terjejas bila jerawat muncul terutama di kawasan pipi. Nak buat selamba kurang menjadi. Walaupun boleh tutup dengan make-up. Tak selamanya boleh pakai makeup. Kulit perlu bernafas bebas. Jika kulit bersih dan sihat, 5 atau 10 minit je masa untuk makeup dan tak perlu pakai concealer!

Pembelajaran sains tamat untuk hari ini. Sekian, panjangnya celoteh!!
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

26 respon pembaca:

  1. banyak btul info dpt..
    hihihihih...
    ohho... ;)..
    aku rnh gak guna nano white tuh..
    tp skrg tgh guna bio-essence tanaka white..
    ok kot, xla kuat efek dia.. tp boley la kan.. huhu

    BalasPadam
  2. jerawat ada sikit cun..ada banyak melecun

    BalasPadam
  3. cik tom jumpa doc terus sb jerawat nek teruk kat pipi...hrp2 nati raye muka da ok blk...hehe...

    BalasPadam
  4. to adreynieelisya: tu la dia hehhe. xlrtkn nk pki produk tu mhl..xpe la jnji leh cuci muka dr segala kekotoran.

    to fathiah : (^_^)

    to yahya : ha'ah stgh org cun/hensem de jerwat.. tp bkn jrwat jns kcil.. biasanya yg dpt jns ni resdung..

    to tomata: cm ne leh nek teruk.. alahan dgn produk kot? cuma try cara tradisonal..smpt nk pulih muka tu..bln puasa blm lg

    BalasPadam
  5. jerawat ni kena cuci muka betul2..tapi ia ada kaitan juga dengan darah dalam bdan kita...

    BalasPadam
  6. dlu mase muda2, nk sgt ade jerawat.. pantang kuar, mesti picit sb biler kwn2 tgk.. leh berlagak dh beso cz ade jerawat.
    skg biler ade jerawat klau bleh mau tenyeh muke sampai lebam cz dh xmacho.. :)

    BalasPadam
  7. ada jerawat la best, leh main picit-picit.. hehehe!! lepas tu jadi ladang jerawat la kat muka tu. :D

    BalasPadam
  8. hoho~~sy sentiasa mengalami masalah jerawat ni, byk produk guna lastnya guna safi gamat je, alhamdullilah Ok :)

    BalasPadam
  9. to suzzsuzie : correct! hah? ada kaitan dgn drh..yg tau kaitan dgn darh ni wrna bibir je..aku tau jerawat bkaitn dgn minyk, bkteria & hormon..

    to darkbatman : tau xpe..klu kecil tu kikis je...yg bsar mesti kasi cantas..jerawat tnda dh bsar & rmja.

    to captain: aik?lemak pun join jd jerwt gak ke? wap nasi? sy kdg2 bsuh muka guna air beras..xmo tu thailnd punya entah suci, bersih ke tidak..baik guna yg wt sndri.. terjmin bersih & puas hati..

    to stargone : xjumpa & berhdpn dgn org slalu xpe le buka ldg jerwat.

    to paradoks hati : safi gamat tu mmg bgus..halal, suci & tnpa alkholol..kna guna tiram ni..beh ulat jerawt tu kuar hbs & mti..(^_^)

    BalasPadam
  10. penat den baca smpai abes..
    banyak btol produk yg kamu pakai..
    sy pakai papaya je sejak 5tahun dulu..
    huhu..

    BalasPadam
  11. patutkah i panggil u pakar jerawat???haha....by the way, thx for the info..tak remaja la kalu takde jerawat eh...hehehe...

    sila la jenguk
    life-around-research.blogspot.com plak..jadi le follower sekali eh..i pon follow u..

    have a nice blogging mode okay..

    BalasPadam
  12. siot.terkene aku.upenyer pg promote product menjaga kecantikan...lols

    BalasPadam
  13. to fadxieza :low, penat ke? hobi try test.hehe.bgus, setianya ngn papaya.. serasi dgn kulit..

    to ashraq : tak perlu..cma kngsi info je..hahaha, tagline leh guna utk bckup diri klu de org tegur..

    to fahmie : pe yg terkna? xde nk pekena sape ler..ko ingt pe bla tgk tjuknya?

    BalasPadam
  14. Perghh!!

    I hate acne!

    Sempat gaks hang promote beberapa produk kecantikan ekk?!
    Kehkehkehh..

    Aku dulu pakai bedak sejuk jaa..
    Giler kompleks kulit kaum Hawa nie ekk?!

    BalasPadam
  15. tau xpe..review produk je.wah bdk sejuk..so nature..tu psl byk produk khs utk kaum hawa..

    BalasPadam
  16. fuiyo0...sbut psal nan0 white,aunty ika kasik full set nan0 white yg bt0l besaw2 tuh kat ika..hehe..tp ika x sntuh p0n,ika cuma guna serum die je wktu nak tid0.itu pn sbb ika b0san tktau nk ltak ape kat muka..kekeke..

    BalasPadam
  17. klu org dh bg free ambik je la. toner wjib kna pki selain cleanser klu tak nti nmpk lubng2 kt muka, n lubng tu jd besar.

    BalasPadam
  18. tadi carik info pasal safi gamat..hehe..termasok dalam rumah awk..hihi..jengok lah rumah sy..sy follow awk..hihi

    BalasPadam
  19. guna tiram ? tiram apa ? mcam mana nak guna?

    BalasPadam
  20. as'salam , akak . nak tanya tiram apa ? guna nya mcm mana ? mana nak dapat? terima kasih :)

    BalasPadam
  21. @ si tuyuk : tersesat ey..tq follow..
    dh jengok dh..nice

    @Dya Nadyah : wasalam..ambik kulit tiram yg dh reput klu keras macam kulit kerang tak boleh. Cari kt tepi laut tu ha. gi kat pasu. pada punggung pasu tuang air padanya then asah @ gosok kulit tiram td smpi kuar air. pas tu tempek kt muka.
    pasu tu blh pasu bunga or pasu yg org gna utk simpn garam.

    BalasPadam
  22. Menjadi ke kulit tiram tu.nnti nk try lah.sengsara dgn jerawat yg xpndai nk hilang.T___T

    BalasPadam
    Balasan
    1. menjadi..mak dulu wat cam tu la. lepas try kan, lagi byk jerwat yg keluar tapi lepas tu no more jerawat lagi. Miss milo ada resdung tak?

      Padam
  23. Mcm mana nak dpt kan prOduk alaisyah ni yaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cari di supermarket atau di shopee. new packaging dah alaisyah ni.

      Padam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!