Setelah
bertahun menceburkan diri di dalam dunia blog. Banyak yang aku dah pelajari,
terokai, cuba dan rasai. Sangat banyak untuk aku ceritakan. Dari pengalaman,
kenalan, suka duka (err, sangat klise ayat ni), duduk tercongok sambil menatap
skrin ajaib ni sampai la entry bercambah ikut musim dan cuaca yang memang tak
menentu sejak dua tiga tahun ini.
Cuma sejak
aku kembali menyusun atur kehidupan, bangkit dari kecundangnya impian lalu mengubah
haluan hidup, aku jadi terlalu sibuk hingga nak mengarang satu dua post pun tak
larat. Tiap kali baca update terbaru bloggers timbul satu kejelesan yang tak
dapat dibendung namun tak mampu untuk direalisasikan.
Aku sedar
yang aku banyak ketinggalan dari segi kemajuan blog berbanding rakan yang lain.
Tahun permulaan yang sama tapi pencapaian macam kura-kura. Sekarang ni lagi la.
Nak update entry baru macam tunggu budak kecil tumbuh misai. Peluang untuk
dapat CPUV yang tinggi telah aku sia-siakan. Kalau tak lebat dah poket aku ni.
Tapi Alhamdulillah juga la teknik SEO yang diusahakan telah berjaya menarik
pelawat hadir ke blog ini setiap hari. Ok lah , walaupun jumlahnya sedikit daripada
tak ada langsung.
Tinggal beberapa
bulan untuk akhiri 2014, dan tinggal beberapa hari untuk menuju tahun baru
Hijrah dan meninggalkan hari, minggu, bulan yang jauh ke belakang dan tak boleh
nak dicapai lagi. Tahun 2014, merupakan tahun paling sibuk aku rasakan. Memang
enjoy betul dengan gaya workaholic. Handset pun kekadang tak sempat nak belek.
Reply mesej pun kadang kelewatan.
Kecapikan
juga mengubah haluan hidup. Apa ingat senang ke nak ubah haluan kapal yang
berdesup laju nak ke jurang air terjun. Letih! Makan banyak tenaga. Semua kena
start from the beginning. Sekarang ni nak sampai ending dah tapi dengar cite
nak ada season baru pulak. Tapi macam malas je rasanya. Family aku dah bising
dah. Asyik tanya macam-macam soalan yang aku rasa jawab exam SPM lagi mudah dan
tak se-complicated soalan mereka ni. Malas aku nak fikir dan figure semua
benda. Baik aku fikir macam mana nak bereskan apa yang tengah aku kerjakan
sekarang ni.
Alhamdulillah
aku dah capai apa yang tak sepernah seumur hidup aku capai dan apa ingin sangat
rasai dah dapat. Walaupun tak semua impian, cita-cita jadi kenyataan.
Setidak-tidaknya ada juga yang tercapai daripada langsung tak dapat apa-apa.
Aku rasa
malam makin sunyi yang bising bunyi kipas. Tak ada lain. Oh, please. Kelopak
mata pun dah berat ni.
assalamualaikum,,,, semoga lebih maju lagi...
BalasPadamhttp://ungguviolets.blogspot.com/
Wa'alaikumussalam....ye, harap begitu la..
BalasPadamSemoga semua dipermudagka. ^^
BalasPadamupdate2. :)
BalasPadam@ Cik Fafa & Zulhilmitempoyak :
BalasPadamaamiin..thnks for ur support..