Assalamualaikum sahabat blogger dan pembaca yang dirindui
sekalian. Kembali meriahkan dunia blog dan memenuhi permintaan para followers.
Baru je lepas baca buku motivasi tu ada sebut pasal bisnes sedekah. Serta merta
teringat beberapa kisah dan pengalaman ‘terkena’ sendiri.
Kadang-kadang desakan hidup dan tekanan menjadikan seseorang
itu keras berfikir mencari jalan melepaskan diri dari tekanan yang membelenggu.
Hingga sanggup mengekploitasi dan mengambil kesempatan dari kebaikan orang.
–usahawan minta sedekah
Yang minta derma kemudian bagi barang tu tak ape la jugak. Kira
macam membeli sambil menderma. Kalau jual sahaja tak berapa laku sangat. Ada
yang bagus bila bagi derma lebih dari harga barang, dapat extra barang lagi.
Biasanya barang tu tisu, makanan macam kerepek, kertas laminate ayat quran atau
doa-doa.
Satu hari tu masa makan dengan kawan-kawan di sebuah restoran,
datang la sorang perempuan berpakaian sopan umur dalam 30-40an gitu bersama
seorang laki dalam usia yang tak jauh beza. Tapi laki ni buta. Gaya buta tu tak
ubah macam dalam drama tv. Nampak mata putih mata hitam ke atas. Lepas dah
minta derma dan dapat la sikit duit. Tup-tup balik naik teksi. Cuba la korang
fikir minta sedekah tapi boleh naik teksi. Kitaorang ni pun kalau boleh tak
naik teksi melainkan terdesak ataupun nak cepat.
Tu satu kisah, ni masa saya sorang di kedai makan. Masa tunggu
makan siap, datangla sorang laki ni pakai jubah dan kopiah atas kepala. Tanya
boleh faham English tak. Saya pun angguk la. Dia cakap-cakap tunjuk gambar
pembinaan sekolah tahfiz, budak-budak sekolah. Serius kalau korang tengok pun
terciut hati nak menderma. Tak boleh blah siap baca ayat al-quran dan hadis
berserta terjemahan tapi dalam English la dia tak berapa fasih cakap melayu.
Tak kalah sebiji macam ustaz/ustazah berceramah berhujah.
Nak bagi orang yakin menderma, tunjuk resit atau surat yang
dia dah pergi minta dekat masjid berdekatan kawasan sini dan beberapa surat
berkaitan derma, kebenaran minta derma. Tapi surat-surat tu kalau tak silap
semua tulis melayu.
Bila fikir-fikir balik, jauh nya dia datang semata-mata nak
minta derma dekat Malaysia. Bukan dekat macam Thailand ni seberang laut tu. Ni
Pakistan.
Lagi satu pulak masa dekat pasar malam. Lorong orang lalu
lalang antara dua barisan khemah gerai pasar malam akan ada dua tiga orang yang
kurang upaya tadah bekas minta derma. Ada yang buta, ada yang tak ada kaki, ada
yang berkerusi roda. Tiap-tiap minggu ada. Tiap-tiap hari pun ada. Maklum la
rajin pergi pasar malam selalu la bertembung dengan mereka. Heran betul cacat
macam tu pun boleh datang pasar malam untuk kutip derma. Paling kagum jarang
miss. Selalu je ada. Pelik betul.
Macam mana la boleh sampai kat situ, betul pulak tempatnya.
Mak kata ada la ‘tukang bawa’nya. Nak bagi pun was-was. Duit tu mesti kena
cukai dengan ‘tukang bawa’. Bukan untuk dia semua.
Tu kisah bisnes sedekah. Yang ni pulak sindiket minta sedekah.
Masa dalam pasaraya tengah shopping dengan kawan-kawan. Sorang kawan ni nampak
budak tu passing sesuatu (yang diyakini duit la) pada seorang laki sambil
berjalan. Bila dah passing masa berselisih tu buat-buat macam tak kenal. Sebiji
macam dalam drama tv tu. Ni sindiket gunakan kanak-kanak budak bawah umur minta
sedekah. Konon kalau budak yang minta orang kasihan lebih la. Tapi sekarang
ramai masyarakat dah sedar.
Kadang-kadang tu kalau tak ada kutipan sepanjang hari atau
kurang dari yang sepatutnya. Teruk la budak tu kena belasah. Kadang-kadang kita
yang bagi ni bukan nak support sangat aktiviti diorang ni tapi tak nak budak tu
kena belasah bila balik tak ada kutipan. Kesian bebudak jadi mangsa. Nak idup
senang orang lain yang berusaha keras lepas tu tak dapat salahkan orang pulak!
Bukan nak berusaha sendiri.
apa yang penting kita ikhlas tapi of course kena hati2
BalasPadamSalam..
BalasPadamsatu pkra lg, adalah kurg adabnya dtg kpd org yg sdg mkn2 utk bniaga brg, tmbh plak nk kena dgr crita ttg brg jualan tu..dlm hati ada rasa ksian. Tp lbih bradab jika mreka dpt tggu slsai mkn..itu kata alim ulama. Wallahu alam.
@ Sharinginfoz : yup, betul tu..
BalasPadam@ Aliaazuan : Wasalam, lama tak nampak..hehe..oo macam tu ke..tapi ada yg lg bijak org tu baru lepas order makan mereka dtg..
betul tu..ni area kg baru KLbanyak ni..
BalasPadam@ Idati Malek : tu maknanya kt kg baru KL byk org yg pmurah..(^_^)
BalasPadam