Apa cara nak dapat hidayah?

Bila baca pasal alasan tipikal manusia yang enggan nak buat suruhan Allah. Antara yang paling glamour tak dapat seru lagi, tunggu dapat seru dulu la. Seru! Seru tu maknanya hidayah. Ertinya petunjuk. Entah macam mana tetiba aku teringat pulak babak dalam kelas pendidikan islam. Masa tu aku tingkatan dua.


Satu hari tu, ustaz tanya cara nak dapat hidayah. Sebelum ustaz tanya sorang-sorang, ustaz suruh fikir dulu. Nama ustaz tu, serius aku tak ingat le tapi wajahnya aku ingat. Kira kalau jumpa kat mana-mana, aku still boleh cam, melainkan dress-up nya berubah, misainya tak ada. Walaubagaimanapun aku masih boleh cam, tapi kena le pandang banyak kali. Apa ye, nama ustaz tu, bukan tak nak mention tapi serius tak ingat, apa yang aku ingat nama dia sama dengan nama bapak classmate aku masa tu.

Berbalik pada pertanyaan ustaz tadi. Bila dia suruh fikir, aku pun fikir le. Sebelum dia tamatkan masa untuk berfikir, aku sempat capai idea. Maka boleh le aku rileks, nanti bila dia tanya aku dulu, aku terus je jawab. Tak payah nak buat muka kerut-kerut fikir. Ustaz tanya sorang-sorang, bermula dari barisan yang duduk dekat pintu. Sorang pun tak dapat jawab. Masa ni memang suspens, semua takut dan bersungguh-sungguh fikir. Ustaz ni garang ooo. Tiba giliran aku. Aku terus jawab.

Reaksi kawan-kawan & ustaz macam impress je. Ustaz pun terus tulis jawapan aku kat papan putih. Kenapa aku sebut papan putih kenapa tak papan hitam, sebab papan tu memang warna putih. Omputih kata whiteboard. Ala, papan hitam bukan warna hitam pun, tapi warna hijau tua. Jangan tanya aku kenapa? Tanya orang yang cakap tu, kalau tak buta warna, tak kenal warna le jawabnya.

Aku tak ingat masa kena soal tu, semua berdiri atau siapa yang tak dapat jawab tu yang kena berdiri. Cerita-cerita asyik tak ingat je bosan kan. Baiklah aku bantai je la ceritanya. Apa kena mengena berdiri atau tak dengan tajuk ni?

Aku pilih siapa yang tak dapat jawab le yang kena berdiri, baru nampak kejam sikit dan adil pada aku. Nasib baik tak kena berdiri atas kerusi. Haha. Masa ustaz tulis dekat whiteboard tu, sempat le pulak kawan sebelah aku ni tanya aku. Aku pun bagi le, tapi diorang tak nak pulak jawab.

Akhirnya sampai pada budak lain dapat jawab ustaz pun tulis. Begitu le seterusnya. Sampai ustaz pun malas nak tanya. Majoriti asyik tak tahu je. Sejak hari itu, ustaz macam impress je dekat aku. Sampai ada satu masa tu. Bila ada classmate tanya “Ustaz, periksa nanti masuk apa?” Ustaz suruh kawan aku tu tanya aku, sebab dia dah bagitahu dekat aku. Eei, bila masa pulak? Di alam realiti pun tak ada bagitahu, apatah lagi di alam mimpi.

Bila ustaz dah cakap macam tu. Ada le dua tiga orang classmate datang pada aku tanya periksa masuk apa. Aku pun jawab “Entah, mana aku tahu. Bab yang ustaz dah ajar le yang masuk.” Aku tak sangka mereka ni percaya betul le apa yang ustaz cakap. Sekurang-kurangnya fikir le dulu, bila masa ustaz bagitahu aku? Kenapa aku je yang ustaz bagitahu, kenapa bukan orang lain? Lain le kalau aku ni anak murid kesayangan ustaz. Memang wajar le ustaz bagitahu aku je kan.

Eh, entah-entah ustaz ada bagitahu aku kat dalam mimpi dia kot..hahaha.

Berbalik pada masa sekarang ni, aku tak hairan le kenapa remaja zaman sekarang ni banyak yang rosak, teruk dan bermasalah. Soalan paling senang pun tak boleh nak jawab. Bukan susah sangat pun. Ni kelas budak pandai tau, kelas KAA lagi. Kalau kelas hujung-hujung tak heran. Kalau dapat jawab kira jaguh, hebat. Tapi ni kelas yang first.

Nak tahu apa jawapan paling mudah yang aku bagi. Iaitu memohon doa. Very simple. Bila aku sebut jawapan ni, yang tak dapat jawab ni, memang tak sangka this simple answer. Inilah cara paling mudah nak dapat hidayah. Iaitu dengan berdoa. Tapi ramai yang terlepas pandang. Macam mana nak datang seru, kalau korang sendiri pun tak pernah mintak dan tak pernah harap seru tu datang.

Oklah, aku list beberapa cara nak dapat hidayah.

1. Memohon doa.
2. Bergaul, bercampur dan berkawan dengan orang yang baik dan soleh.
3. Hindari perkara yang maksiat & lagha.
4. Menghadiri majlis ilmu, ceramah. (termasuk le dengar dari tv, radio, baca       newspaper, majalah, baca blog berunsur agama)
5. Mengkaji, menyelidik dan meneliti sesuatu perkara/peristiwa, fenomena atau kejadian
yang pelik, ganjil atau luarbiasa dengan persoalan mengapa, kenapa, apa, bila, bagaimana, di mana.
6. Menyucikan hati dari sifat-sifat mazhmumah.
7. Sentiasa berbaik sangka dengan Allah.
8. Membiasakan diri dengan sifat-sifat mahmudah.
9. Layan lagu nasyid.
10. Mengambil hikmah dari setiap ujian, musibah dan cubaan yang mendatangi  diri, keluarga, sahabat dan masyarakat.


Maksudnya : Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).                                                                        
 (Surah Al-Qasas : ayat 56)
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

11 respon pembaca:

  1. tula pslnye. org skrg xhabis2 belum seru. bgs entri nie. hehe^^

    BalasPadam
  2. @ Alin : mindset diorng kot..moga bermnfaat.

    BalasPadam
  3. @ Hawa : sama2..sudh kewajipan

    BalasPadam
  4. @ hamzah lan : terima ksih..

    BalasPadam
  5. entry yg best btw, hi, just followed ur blog, follow me too , other friends are welcome to BW wit me ;)

    http://topsphere.blogspot.com
    http://www.facebook.com/topspherephotography

    tq babe <3

    BalasPadam
  6. he he nice share
    .. jazakumullah :)

    BalasPadam
  7. @ top sphere : thnks

    @ alkatro : wa iya kum

    BalasPadam
  8. @ Farhana Ghazali : ye boleh silakan

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!