Cara Jadi Guru Matematik Yang Baik


Aku ada dapat keyword search soalan temuduga untuk menjadi cikgu matematik dan jawapan, kemudian ciri-ciri guru efektif- teacher magazine. Kalau yang itu aku tak ada. Yang ada bagaimana nak jadi guru matematik yang baik dan cara pengajaran yang efektif. Sebenarnya bukan untuk guru matematik je, guru matapelajaran lain pun sama, cuma penulis lebih fokus pada guru matematik.

Best sebenarnya belajar matematik ni. Yang penting kena serius sikit, sebab subjek ni berdasarkan logik akal. Bila dapat selesaikan suatu soalan tu, rasa seronok tak terkata. Rasa nak buat lagi. Tapi kalau tak dapat jadi tension, malas, tengok soalan yang lain pun bingung juga, terus tutup buku le jawapnya. Apa yang penting bukan kerjasama tapi asas dan pemahaman konsep mesti ada.

Selain itu, faktor cara guru matematik mengajar juga penting. Masa form 4 & 5, dulu result subjek matematik penulis agak membanggakan. Selalu dapat A, jarang-jarang B. Tapi masa menengah rendah & sekolah rendah, result matematik teruk sikit. Mesti adik, kakak, abang hairankan? Matematik menengah atas lagi susah dari peringkat yang ke bawah. Tapi saya boleh skor dengan baik. Apala yang senang tak reti, yang susah tu tahu pulak! Hehhe..

Sebagai seorang guru matematik sangatlah wajar menukar mood boring atau pandangan negatif pelajar terhadap subjek ini kepada mood yang seronok dan teruja. Kalau pelajar benci subjek ni, macam mana mereka nak belajar apatah lagi skor. Matapelajaran ini tidak sukar seperti yanng disangka. Cuma kegagalan menyelesaikan jalan kira-kira menambahkan lagi kebencian pada matematik.

Wahai guru, jangan kedekut sangat nak tunjuk jalan penyelesaian kepada para pelajar. Inilah perkara yang penulis nak tekankan sebab ia salah satu punca masalah pelajar lemah dan benci matematik. Seperti biasa guru akan suruh mana-mana pelajar yang tahu jalan penyelesaian soalan tersebut tulis di papan hitam. Kemudian suruh pelajar-pelajar yang lain ikut cara yang ditulis pelajar tadi. Guru langsung tidak menunjukkan cara penyelesaian yang sepatutnya, apa lagi menerangkannya. Cara penyelesaian pelajar tersebut mungkin berbeza dari yang dipelajari dan mengelirukan pelajar lain. Paling malang sekali pelajar lain langsung tidak faham apa yang ditulis di papan hitam tersebut dan buta-buta je salin jawapan itu.

Apa yang payah sangat dan kedekut nak tunjuk & terangkan jalan penyelesaian kira-kira tu pada pelajar. Berat sangat ke? Payah sangat ke? Sampai berpeluh satu badan ke? Bila pelajar dapat markah rendah, mula le risau, marah dan sebagainya. Padahal siapa penyebabnya? Guru matematik penulis masa menengah atas tak jemu-jemu tunjukkan jalan penyelesaian kira-kira untuk setiap soalan. Kadang-kadang berulang kali, tapi hari yang lain le. Jalan kerjanye pulak punyalah kemas dan sistematik mana taknya tunjuk dari A sampai Z. Memang senang le nak faham. 

Beliau cuma nak, pelajar tidak ulang lagi kesilapan yang sama ketika ujian yang akan datang. Dan faham betul-betul apa yang beliau ajarkan. Gred A++ cikgu ni. Sungguh berdedikasi. Tapi macam cengih sikit (garang). Dan amat menjaga ketepatan waktu. Kalau pelajar lambat masuk kelas mak ai, mengamuk dia. Tapi paling mengamuk kalau tak buat kerja rumah yang beliau bagi. Kalau tak tahu buat lain cerita.  

Paling dikagumi dan dicemburui guru lain, beliau kalau buat kelas tambahan, majoriti pelajar akan datang, tapi kalau guru lain yang buat, yang datang beberapa kerat je. Mungkin juga sebab takut kena marah kalau tak datang. Ikut logik, datang je la kan, bukan kena bayar pun. F.O.C lagi. Cuma yang betul-betul degil, kepala batu je yang berani tak datang. Dan siapa yang datang tak akan menyesal atau rugi langsung, sebab untung dan berbaloi-baloi.

Ada guru yang harapkan pelajar bertanya kalau tidak faham. Memang tak le, berapa-berapa kerat je yang akan bertanya. Kadang bukan tak nak tanya tapi takut dan segan. Lebih baik terangkan sahaja sebab kebanyakkan pelajar ni malu-malu kucing. Dan lebih baik terangkan terus di papan hitam dari menginjak dari satu meja ke satu meja pelajar. Bukankah meletihkan? Soalan dah le sama cara nak terangkan pun sama juga. Ni tidak yang bertanya je yang dapat yang tak tanya tak dapat. Baik terang di papan hitam biar semua dapat dan faham.

Ada sesetengah guru rileks je masuk ke kelas lambat. Selamba rock je, tak rasa bersalah langsung. Tu ciri-ciri guru yang tidak baik. Jadi JANGAN contohi. Oleh kerana lewat masuk ke kelas, sikit je pelajaran yang boleh diajar. Jadi bila silibus nak habis? Periksa akhir tahun nak dekat, silibus banyak tak habis! Jadi salah siapa? Sendiri mau ingat le. Mula le, ajar bab ni sikit, ajar bab tu sikit. Sudahnya pelajar pun pening. Paling malang cikgunya pun turut pusing. ’Macam gasing’ Kalau guru yang pentingkan waktu, dia akan ganti dengan kelas tambahan. Sebab nak bagi pembelajaran yang cukup pada pelajar.

Wahai guru, jangan mengajar cincai-macai. Benci betul penulis dengan sikap guru yang begini. Kalau tak minat mengajar jangan jadi cikgu baik jadi penjual tiket bas ekspress. Jangan jadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir. Eii, tolong le jangan..JANGAN! Situasi dan ceritanya begini. Guru yang mengajar di kelas pandai, mengajar cincai-macai je, sebab beranggapan pelajar pandai, mesti pick-up pun lebih. Jadi, bila ajar sikit je terus faham dan cepat faham. Hello Cikgu! Sila betulkan tanggapan anda! Bukan semua pelajar di kelas pandai, mempunyai level pick-up yang sama! Situasi di kelas bodoh/ kurang pandai pulak, guru mengajar ala kadar atau cincai-macai jugak, sebab beranggapan penat je mengajar beria-beria bukan reti dan faham pun, buat perabih air liur. Ewah-ewah! Kalau majoriti guru macam ni, alamatnya yang bodoh bertambah bodoh, yang pandai tak lama lepas tu akan jadi bodoh.

Ok, untuk subjek yang lain, seandainya ada soalan yang pelajar tidak faham dengan jawapan atau penyelesaiannya. Semestinya guru menerangkan kenapa begitu, mengapa tidak begini jawapan atau penyelesaiannya. Bukan membiarkan pelajar terus keliru dan bingung dengan soalan-soalan tersebut. Yang paling penting jangan kedekut, berkira dan malas!
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

4 respon pembaca:

  1. situasi penulis sama sprti sy. bila form4 & 5 matematik sy sungguh mengejutkan kalau diikut masa sekolah rndah sgtlah teruk grednya. huhu :')

    BalasPadam
  2. kita serupa..mmg faktor guru penyumbng utama kn?

    BalasPadam
  3. harapnye gitu la..tp agak mustahil bg guru yg jdikan kerjaya guru sbg pilihan terakhir.

    BalasPadam
  4. Salam,

    Saya pun kerap berfikir mcm ni. Dua hari lepas ada diwujudkan site www.mynota.org berkonsepkan wiki, percuma untuk semua. Kalau Safarun Al-Fannun nak menyumbang pada site ini silalah, insyaAllah.

    Azman

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!