Ujian MUnSyI, MEdSI, MUET pada hari yang sama

Salam semua, maaf kerana terpaksa skip tajuk entry yang korang pilih, untuk kali yg kedua. Kerana menyahut panggilan perjuangan dan SEO. Wah, ramai pelawat datang ke blog ini..terima kasih semua. Dan aku rajin jugak blogwalking. Aku tengok trafik SEO banyak berkisar pasal ujian munsyi. So aku pun buat la tajuk ni. Dulu aku ada buat post pasal ni jugak. Korang bleh tengok kat SINI 

Hari Khamis aku dapat mesej dari USM, suruh check, hari jumaat, 15 April dah boleh check mulai jam 12 tengah hari, ujiannya sabtu depan 24 April. Pukul 4-5petang. Aku dah check pun. Pada hari tu juga macam biasa munsyi dan medsi tak dapat dipisahkan, ibarat kembar, MUET pun join jugak. Sapa yang ambik MUET dan salah satu dari munsyi atau medsi kena ambil tempat yang sama, tujuan untuk memudahkan calon la. 

Ujian MUET pertengahan tahun, MEdSI & MUnSyI akan dijalankan pada hari yang sama iaitu 24 April 2010.

Bagi calon yang mengambil MUET pertengahan tahun 2010 dinasihatkan untuk mendaftar PUSAT YANG SAMA bagi ujian MEdSI/MUnSyI sesi April 2010.
kalau aku dah masuk university tahun lepas, tahun ni tak payah aku nak ambil munsyi lagi. Tahun ni aku pilih sekolah lain, dekat sikit dengan rumah. Boleh survey sekolah ni pulak. ;-) Ehm tahun ni, agaknya aku jumpa tak kawan lama ke, atau sapa-sapa ke? (^_^) Ujian MUnSyI ni singkatan kepada Malaysian University Selection Yearly Inventory. Ujian MEdSi pulak singkatan kepada Malaysian Education Selection Inventory. MUET pulak, rasanya semua tau. Malaysian University English Test. Tahun ni tahun kedua Ujian MUnSyI diadakan.
Soalan munsyi nanti aku rasa lebih kurang macam tahun lepas gak. Ala-ala ujian personaliti, cuma guna INSTRUMEN PSIKOMETRIK. Instrumen ni dibangunkan berasaskan konsep Person Program Fit. Dalam erti kata lain, Suai padankan pelajar dengan program pengajian yang bersesuaian dengan minat dan diri pelajar. Amat rugi kalau ada pembaziran intektual. Soalan MUnSyI mencakupi aspek minat kerjaya, personaliti, nilai integriti, kecerdasan emosi, patriotisme. Soalan semua objektif. ada lebih kurang 300 lebih soalan kalau tak silap. Rasanya semua yang mohon USM kena ambil ujian MUnSyI tak seperti MEdSI siapa yang lepas syarat dan tapisan je kena panggil untuk ambil ujian.

TIPS : Kena bawa pensel 2B, pastikan pensel tajam supaya senang nak tanda nanti!! bawa alat tulis yang perlu je seperti pemadam, sharpener, pensel lebih kalau tak ada sharpener. IC dan slip ujian wajib bawa. tak bawa tak dapat buat ujian. Datang awal supaya tak kelam kabut. siapa siap awal boleh kuar awal, macam SPM la. yakin diri ketika menjawab dan jangan menipu diri sendiri. buat senaman tangan untuk elakkan tangan lenguh masa menanda nanti. soalannya banyak tau!

Pasal PAKAIAN, dalam slip suruh pakai pakaian kemas dan sopan. Tapi tahun lepas aku pakai jeans & kemeja. Aku nak pakai bju kurung, kak aku kata tak payah, bukannya temuduga. Aku tengok tak ada pun yang pakai baju kurung kecuali pengawas peperiksaan. lelaki ada yang pakai t-shirt je ada gak yang pakai kemeja. ikut keselesaan masing-masing la, janji sopan dan tak selekeh. tapi yang datang untuk ujian MEdSi ni ramai yang pakai baju kurung, kemeja, maklumlah bakal guru.

Siapa yang lepas syarat & memenuhi ciri serasi dengan program pengajian akan berjaya. Kalau program tu kena TEMUDUGA, korang akan dipanggil. kalau tak dapat datang kali pertama, mereka akan call dan suruh datang hari lain, kalau korang tak minat course tu atau rasa course tu tak relevan dengan jiwa korang, awal lagi jangan GATAL-GATAL tangan mintak!! Lepas tu kalau tak datang jugak. peluang nak masuk USM tertutup la. tunggu je la result UPU keluar bulan hujung 6 ni, kot-kot dapat. 
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

1 respon pembaca:

  1. soalan thun lepas & thun ni berbeza sikit, thun lepas byk tnya psl cinta..thun ni lbih pada kejujurn pd diri bergntung pd keadaan..

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!